Sunday, February 22, 2009

MaRi Kita ManDerMa DarAh..

sedang dua tapak tangan yang runcing ini memohon maaf dan keampunan dari Allah sebab menunaikan subuh yang bukan lagi digelar subuh gajah tetapi sudah boleh digelar subuh firaun sebab smayang pukul 09:30 pagi setelah terkejut dari tido pada pukul 09:00 pagi td.. tetiba terdengar pengumuman oleh tukang cakap tentang kempen derma darah..

oooo ni peluang baik ni..dapat makn free...aku pun ape lagi cepat-cepat pegi sebab takut abis plak mee goreng n kue teow nanT..hahahaha...

sesempai je kat dewan tu aku disambut dengan senyuman yang cukup manis dan menggoncang jiwa dan sanubari oleh seorang ahli jawatankuasa kelab penyayang.. waaa manis betoi muka amoi tu.. ingin sahaja aku mengislamkan beliau dan menjadikannya suri rumahku..tapik nak buat macam mane smayang pun lambat..huhuhu

tapi sayang sejuta kali sayang dia tidak boleh menemani ku mengisi borang derma... akupn melangkah dengan sedikit hampa menuju ke kaunter pendaftaran.. walaupun awek kali ini mempunyai misai pekat dan bersuara itik serati tetapi budi bahasa beliau agak menyenangkan hati..



setelah melepasi halangan kelayakan dan perasaan yang sedikit nervous aku pun merelakan lenganku yang mantap ini dinodai oleh jarum...waaaaaaaaaaa sakit gak.. nurse tua tu kata mcm kene gigit semut je tapi rupenye dia tipu..tapik sakit skejap je pastu x rase ape2 dah...

Sedang aku baring-baring tu, aku mendapati aku telah menjadi perhatian wanita-wanita disitu. ini memimbulkan sedikit tanda tanye.."adekah aku terlupa menutup zip seluar sehingga menampakkan asset ku yang bagus tu".... tetapi aku check okeh je...persoalan itu akhirnye terjawap apabila mereka rupanya terpesona melihat kekacakan aku nie dan berebut-rebut untuk baring bersebelahan katilku... agak susuah juga menjadi jejaka handsome ni..hahahaha



selesai je menderma darah aku sekali lagi mendapat jajan dari pihak hospital... Meskipun sekadar air kotak dan kueh mueh aku bersyukur.. Semoga darah yang ku sumbangkan ini dapat diguna pakai oleh orang yang memerlukan dan tidak dirompak oleh pontianak underworld... lol
seorang kawan yang bermulut kurang asam sbb dia blm gosok gigi lg time tu tlh menyatakan tetek aku kimpis sebelas setelah menderma darah.... jadi sebagai pembetulan aku takde tetek, aku cuma ade 6 pack....

Friday, February 20, 2009

SeLamAt DaTaNg AdAm HaRiTh...


Assalamualaikum........

dengan penuh rasa gumbira yang teramat sangat aku sekali lagi ingin memperkenalkan ahli keluarga we all yang terbaru... maybe 20 tahun lagi beliau akan mengambil title aku sebagai jejaka paling seksi di dunia... tapi time tu aku pasrah kerana aku telah menerima title baru time iaitu Bapa Budiman...

(gambar nie diambil dari blog abg jale)

budak kecik yang gorgeous ni telah dilahirkan di Hospital Serdang pada tanggal 01 Feb 2009 bersamaan 5 safar 1430 sehari sebelum hari adik diberanakkan atau hari adik dijumpai dimuka bumi nie.. hahahahaha

Meskipun wajah dia yang handsome ni aku belum tengok secara live tapi nama penuh dia sudahpun aku diketahui....nama khalifah baru ni adalah ADAM HARITH BIN SULAIMAN... nama beliau agak komersial jika dibandingkan dengan nama aku dan nama apak beliau, akan tetapi mak cakap aku lebih comel time dilahirkan dulu...tapik kalu mak tak cakap pun satu dunia dah tahu.hahahaha


daripada penciplakan maklumat dari blog abang jale nama adam bermaksud "nama nabi, ikutan dan tauladan" manakala nama harith pula membawa maksud "kuat dan berusaha"... tapi kat sini dan kat situ aku nak bagi tahu yang nama ISMAIL plak membawa maksud "nama nabi" dan merupakan sebuah nama yang indah bunyinya dan sejuk hati menyebutnya... tambahan pula nama ISMAIL itu telah diberikan kepada insan yang budiman dan soleh oleh dua orang insan yang paling dicintai didunia....

sebelum kata menutup bicara:
marilah kita sama-sama berdoa agar seluruh anak adam dimuka bumi ini hidup dalam keadaan sihat dan bahagia...

sekian saja coretan papamu untuk anakku

Sunday, February 8, 2009

LaWataN ke CheNdeRoNg bAla! SafARi......


    
dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam taipusam..deyy

masih nak chite pasal aktiviti i time cuti seminggu baru ni... kita orang (aku, baya, abang jale, aus .time tu anon xnak ikut sebab dia sibuk nak berchatting) bersepakat nak pergi memancing ikan kat chenderung balai untuk dijadikan santapan tengah tari ari tu..waaaaaaaaa

tapik mak seperti biasa tak bagi anak2 nye yang kacak ni pegi memacing, maybe mak risau kulit anak dia ni dimamah mentari gamaknye...cuma hari tu mak bejalan ngan apak n kak jah famili..so mak takde kat umah..hahaha

    

dan dalam kesempatan itu kita orang pun pg la mencari lubuk-lubuk memancing tanpa mendapat restu dari mak..hahahaha mungkin terlalu x-cited untuk memancing sehinggakan kita orang terlupa untuk mencari cacing n anak katak, yang we all bawak cuma telor ngan umpan plastik je..hampeh betoii..

lubuk pertama yang kita orang singgah dekat pertemuan antara sungai keruh lama dengan sungai kinta...berhampiran jampatan patah.. dengan semangatnye kita orang melayangkan joran..tapik tak sampi 20 minit duduk kat situ tetiba seorang pakcik menasihatkan kita orang untuk tidak duduk terlalu hampir dengan tebing sungai tersebut... alamak ade buaya la plak kat situ..dah la time tu aku tngh bermain-main air digigi sungai tu (macam yang dalam video clip westlife 2)

so we all pun dengan penuh rasa cuaknye meninggalkan sungai keruh tu.. sebab bimbang dunia akan ketandusan lelaki kacak dan budiman kiranya kita dibaham buaya tersebut...

    

akan tetapi peristiwa hampir dibaham buaya(hampir ke??) tidak melunturkan semangat kita orang nak memancing...kita orang pun menukar la port memancing dekat kawasan paya di cenderong balai tu... tapi sebelum memancing we all terpaksa plak pegi mencari cacing kat umah embah parat 4... dapat la dalam sepuluh ekor cacing bukan ikan...

Setelah cacing untuk dijadikan umpan ditemui kita orang pun pegi la memancing..akan tetapi tak sampi 10 minit malabuhkan joran hati kecil ni rasa nak balik plak..

sebab time tu matahari dah terik abis...panas gile so lagi baik kita balik umah makan ikan temenung@kembung kat umah yang mak masak daripada pitara kat wajah kita orang ni mati dimakan mentari..

tapik kat umah mak perli skit-skit..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Saturday, February 7, 2009

PerKeLaHaN AnaK-aNaK BujaNg Mak & aPaK.....

yang dah kawen tak joint...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Time cuti raya cina merangkap cuti midterm yang lalu my family n i go to Air Terjun BAtu Berangkai, *Perak... amatlah seronok pegi mandi kat situ... airnye dah la jernih giler pastu sejuk abis plak tu..mcm mandi kat canada plak.. kalu bibir najib merah abis bibir we all plak biru abis time tu..
*perak- negeri yang paling banyak menteri besar sekarang..semua nak jadi menteri..

   
sungguh cekap aku mengambil gambo sbb nampak begitu harmoni
  

dengan berbekalkan mulut manis dan kekacakan yang dikiurniakan oleh ilahi, aku diamanahkan untuk memujuk mak agar memberi lesen hijau untuk kita orang pergi bermandi-manda kat batu berangkai..selaku keluarga demokrasi mak terpaksa bersetuju kerana mejoriti men-vote untuk pergi...
"sesungguhnya malaysia &* perak sebuah negeri berdemokrasi"

akan tetapi rancangan tidak akan berjaya sekiranya tidak  mendapat kebenaran daripada apak..selaku ketua keluarga atau dengan kata lainnye apak as our family king=sultan.. lantaran itu we all berpakat dengan mak untuk masak siap-siap & masukkan makanan dalam bakul..ini mungkin membuatkan apak terharu & bersetuju..hahahahah
sesungguhnya sultan mempunyai kuasa mutlak.."mutlak??"

sesungguhnye rancangan menyentuh hati kebapaan apak sangat-sangat berjaya... so we all pun bertolaklah ke batu berangkai dalam pukul 11:00.. waaa memang best abis la mandi kat Batu Berangkai tu.. lama gak la mandi lebih kurang 2 jam setengah siap buat rampasan kawasan lagi..
sememangnya manusia sekarang gila kuasa dengan alasan kuasa mejoriti.huppp

memanglah lapar abis apabila dah sejuk-sejuk tu.. nasib baiklah mak masak dengan
 begitu sedap sekali.... walaupun mak sudah masak begitu sedap baya
masih termakan makanan orang..verry embarasing moment... ketika memakan masakan mak dengan begitu lahap sekali, sempat plak mulut yang mungel n seksi ini bertanye "Mengapakah Mak Masak Begitu Sedap" mak plak menjawap dengan penuh sempoi memang la sedap sebab mak masak sepenuh jiwa & raga mak untuk anak-anak mak...sob sob sob sungguh terharu n bersukur...

lepas je makan-makan dan sambung balik mandi, we all bertolak meningglkan air terjun yang permai itu dalam pukul 2:30.... sebab apak ngan mak jugak plan nak menziarahi Pak Andak.... Ohoo Pak Andak skarang ni tengah koma jadik marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Pak Andak.. tapik sebelum tu we all berenti smayang kat masjid bawah Batu Berangkai tu..air paip dia cold abisssssssss...


(Gambo gerhana matahari ni diambil ketika perjalanan pulang dari melawat pak andak)