Friday, October 30, 2009

gOoD lUcK aLL...


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
*mcm pembaca berita RTM la plak..

dikesempatan dan kechanggihan teknologi di dunia tanpa sempadan ini, kiranya beta ingin mengucapkan

SeLAmAt MenDuDukI pEpErikSaAn Akhir


segala ketelanjuaran yang tidak menyebabkab kehamilan dan sebagainya dipinta agar dimaafkan dan didoakan kejayaan beta dalam menduduki peperiksaan ini kelak...

Dan memandangkan sekarang insan-insan seangkatan tengah sibuk menelaah buku dan menambah pengambilah kabohidrat,zat besi kalsoim serta vitamin-vitamin yang lain dalam menambah ukur lilit pinggang akibat daripada kestessan yang ditanggung.beta ingin berkongsi sejambak ilmu kepada anda....

DoA mUdAh MeMahAmI IlmU..

barangsiapa yang membaca dan mengamalkan Surah Al Alaq terutamanya ayat 1 hingga 5, nescaya ALLAH menerangkan hati dan mudah memahami sesuatu ilmu..

penadol juga dimakan seperti coklat pada ketika ini..... fuhhhhh

wInNeR WinNer , ChiCkeN diNnEr


Friday, October 9, 2009

mEmAsAk uNtuK kArNivAL aKtiVit! PeLajAr 2009


Seakan nyanyian penyanyi pendek berbadan sasa Awie berjudul "Tragedi OktoBer"..... rabu lepas bersamaan 07-10-2009 kami kanak-kanak terpilih menunjukkan bakat terpandam mamasak secara lansung dihadapan peminat setia disamping menghidangkan secara percuma makanan yang dimasak beserta peluh keringat yang menitik ibarat peluh petani kepada tetamu dan pengunjung yang datang.


pameran masakan yang dibuat pada hari yang tersebut terdiri daripada peserta-peserta subjek bahasa asing yang terpilih berdasarkan keenakan dan keunikan masakan yang dipersembahkan bagi menonjolkan identiti sesebuah bangsa dan bahasa...


memandangkan aku terambil BAHASA MANDERIN makanya kita orang memasak sejenis makanan yang diberi nama WANTAN... aku kelihatan begitu profesional sekali ketika menggoreng dan menghias masakan tersebut, ia saling tak tumpah seperti orlando bloom yang sedang memasak..

disebabkan kecekapan dan tereroran itu terlalu ramai yang memujii dan menyanjung-nyanjung masakan kami... sehingga ingin terkoyak dan rabaklah hidung ini dibuatnya, menerima pujian yang bertubi-tubi itu..hahahahaha..

selain memasak masakan ala ke-MANDERIN-an, terdapat juga hidangan masakan daripada ARAB-SPAIN-JAPAN daripada kumpulan-kumpulan bahasa asing yang lain...




tiada tambahan daging babi dan monyet sepanjang pameran tersebut...semua makanan adalah ditanggung halal sehalal halalnya..

谢谢您 - gracias - ありがとうございました - شكرا لك

sesungguhnya ia semua bermaksud TERIMA KASIH

Saturday, October 3, 2009

SaLaM LabAraN laG!.....




sekali lagi hati yang tulus mulus dan kulus ini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri... bagi memastikan hati ini sentiasa sesuci lebaran aku ingin menunaikan janji mengupload beberapa fenomena menggembirakan sepanjang mengambut syawal ini..waaaa



meskipun index keuntungan mendapat duit raya pada tahun ini agak menurun kerana hasil nafkah yang diperoleh terpaksa diagihkan kepada pendatang baru dalam keluarga kami iaitu Nur Farisya Shazwani - Adam Harith dan Amira Hana serta anak-anak sedara lain yang susah semakin season, kemeriahan aidilfitri di alaf baru ini tetap meriah dan awsome.


koleksi anak-anak teruna dan dara mak yang masih available

dikesempatan menyambut keberkatan dan rahmat lebaran yang masih bersisa ini aku ingin megucapkan GOOD LUCK kepada AUS terhadap PMR yang bakal diduduki beliau pada hari rabu ini.. semoga aus sucsess dan berjaya nanti.. hidup A4. ingatlah pengorbanan abang mael yang telah mengandungkan aus selama ini..hahahahahaha

sesungguhnya seperti yang dicanangkan sebentar tadi kemeriahan aidilfitri memberikan sejuta senyuman dan gelak tawa...


aktiviti salingan ketika mengacau dodol

sesungguhnya apak pandai mengukur timing... sesampai je rombongan aku dan kak yo serta abang jale dan baya apak dah ready mengupas nyor. ini menunjukkan yang we all tak sempat nak bermanja-manja ngan mak terlebih dahulu.. kerana kerahan tenaga mengacau dodol diperlukan.

tengah dok asyik mengacau dodol tetibe kawah tembuh...hal ini menunjukkan betapa bermuslenye anak-anak jantan pak salleh..hahahahah



sebelum mengakhiri entry ini dengan memaparkan tatapan kekacakan anak-anak teruna mak ngan apak sekali lagi diucapkann selamat hari raya maaf zahir dan batin andai ada yang terasa dan berkecil hati... sesungguhnya aku telah memaafkan segala kesalahan yang anda anda dan anda lakukan dimasa lampau dan masa mendatang..

selamat menikmati pemandangan yang kacak.