Wednesday, October 26, 2011

Happy Dewali. . . .




Happy Deepavali

Muka merah tetiba sebab tengok post simple & cute. . . .emmmmmm benchiiiii

Tuesday, October 11, 2011

Resipi Ayam Paprik bermaharajalela. . .


Assalamualaikum You All. . . .

Selama nie kita dok membincangkan perilah-perilah jantan kekar dan geletis je nok (sejak biler entah) so hari nie kita tukar plak kep
ada cerita masak-memasak. . . Lagipun kengkadang tu mak rimas jugak asyik berbicara tentang jantan berahi nie nok oii. . .



Actually nothing interesting I wanna to share for yuall in this week, tambah-tambah bata berputung rokok yang diadun & digaul dengan penuh kasih sayang asyik pecah menanti belah. . . but some people said memasak boleh menghilangkan perasaan stress itu, seterusnya mencampak perasaan stress itu jauh kelautan yang biru yang luas terbentang bersama ombak-ombak yang memukul pantai. . .

makanya balik je dari kelas petang tadik kita org membeli barang keparluan bagi penyediaan "Paprik Ayam Bermaharajalela"<---tajuk mcm kentut. . . Antara bahan-bahan untuk menyediakan Paprik Ayam Bermaharajalela adalah. . .


Bahan-bahan. . .
  1. 1/4 ayam (kurang lebih 400 gram) yang telah disembelih menyikut kaedah islam yang mana kesucian & ketulusannya diyakini serta dipotong kecil-kecilan. . .
  2. 3.25cm halia pastikan halia yang digunakan itu nanT dibasuh dengan air mutlak, kerana ada deras-derus menyatakan ketika proses penanamannya halia tersebut tumbuh subur diatas batas-batas yang mekar wangi berbaja tahi ayam. . .
  3. 3 biji bawang besar & 5 Ulas bawang putih. . .pastikan anda bukanlah seorang yang bernama Ferdi ketika memotong bawang ini, kerana Ferdi merupakan rebutan kepada bawang putih & bawang merah lantas dikhuatiri berlaku pergetutan di dapur memasak nanT. . .
  4. 6 helai daun limau purut yang dicarik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga. . .
  5. 2 Biji Limau Kasturi. . .
  6. 2 batang serai yang ditumbuk/diketuk akibat daripada kedegilannya pada masa lampau. . .
  7. 2 Sudu chili boh - bagi insan yg tidak sanggup untuk berak bercili keesokan harinya bolehlah mengurangkan kuantiti chili boh ini. . .
  8. 4 sudu besar soso chili life - bagi yang tidak mampu membeli sos jenama terkemuka ini rompaklah ia di KFC.
  9. Kicap Masin, Garam secukup rasa beserta dengan ajinamoto secukup rasa 2 kuib pati ayam serta 2.5 sudu besar sos tiram. . .
  10. Sebatang lobak merah, 10 tangkai kacang panjang, & bagi sesiapa yang berkemampuan tambahlah kubis bunga, tetapi tidak seperti kami. . .
Bahan semua sudah tersedia, maka kini tiba masanya untuk memulakan aktiviti memasak. . . Berbekalkan kepada bau ketiak kepam balik kelas bahan-bahan tadi dikatuk, dipotong, dihiris dan ditumbuk agar menjadi adunan penuh menyelerakan Ayam Paprik Bermaharajalela. . . Cara penyediaannya adalah seperti berikut. . . Baca & fahami dengan teliti kerana ilmu ini amat berguna untuk menambat hati suami seterusnya mendapat habuan diranjang nanT. . .hahahah kurang haram ayat. . .

  1. Masukkan 2 liter air kedalam sebuah periuk beserta 2 kiub pati ayam, 2 cm halia yang dicincang halus dan 1/4 ayam tadik diatas api yang hangat membara. . .Rebus sehingga ayam empuk. . .
  2. Sementara menunggu rebusan tadi mendidih & masak bolehlah kiranya kak jariah meracik racik baki halia tadi beserta sebiji bawang besar & 5 ulas bawang putih tadi kedalam lesung batu peninggalan arwah kemudiannya ditumbuk lumat. . .
  3. Selesai menumbuk cuba-cuba jengah kedalam periuk ayam tadi, pasti masih belum cukup masak bukan. . . Lantaran itu potong sayur-sayuran & baki bawang yang tinggal tadi mengikut bentuk & citarasa yang dikehendaki. . .
  4. Kemuadiannya halau yayat (kucing rumah nie) yang menggangu kalian sedang memasak & panaskan kuali bersama sedikit minyak. . . Setelah minyak sedang-sedang panas masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama dengan halia sehingga baunya semerbak mengusuli setiap genap rumah anda. . .
  5. Campurkan pula chili boh tadi beserta dengan sos cili, garam & ajinamoto. . . Jika anda sedang dirudung kemurungan akibat bata berputung rokok asyik pecah masukkan banyak sikit ajinamoto agar hilang ingatan. . .
  6. Setelah chili Boh masak masukkan ayam yang telah direbus embuk tadi kedalam kuali beserta 1 cawan air rebusan ayam tadik. . . . Namun diingatkan wahai zubaidah oii, yang membazir itu amalam syaitan. . . Lantaran itu lebihan air rebusan ayam tadik dimasukkan kedalam nasi. . . Bukankah nanT lebih menyelerakan untuk menikmati Ayam Paprik bermaharajalela bersama nasi rebuasan ayam. . . selera bukan. . .
  7. Apabila nampak kuah masakan tadik kering masukkan kicap, hirisan limau purut, perahan limau & sayur-sayuran & gaulilah ia dengan mesra serta berlemah lembutdan janganlah mengasarinya. . .
  8. Kemuadin masakan boleh diidangkan & mula boleh dinikmati dengan lafaz bismillah. . . .
ps: Ramuan ini juga boleh digunakan untuk membuat paprik seafood mahupun paprik janek. . .

Selamat menjubu. . . .

Sunday, October 2, 2011

Spaghetti Ayam Cincang Sunti. . . .


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia. . . Rindu bukan apabila saya menyepi, seperti mana anda saya turut merasakan perasaan itu kepada kalian. . .ha ha ha dah la handsome perasan orang rindu plak tu, benchiii betul. . .

Ekcheli entry kali nie just nak berkongsi kepakaran dan kecekapan Aku selaku Chef Ismail & Noel sebagai orang gaji, ha ha ha masak Spaghetti Ayam Sunti. . . cekap bukan main, dah macam Chef Zam dah, bezanya aku masih belum sedut lemak lagi. . .




Kekdahnye hujung minggu yang baru berlalu nie Aku & Noel mengambil keputusan untuk masak spaghetti sebagai menu tengah hari itu dan malamnya serta keesokannya, ia lebih baik daripada kami mengambil keputusan untuk berjimak bukan. . . So disini aku ingin berkongsikan resipi spaghetti yang sedapnye hanya tuhan sahaja yang tahu. . . Seriuss

Mula mula sediakan kertas dan pen ye kak jah & abang kekar oii. . . Lepas tu salin resipi nie.. .

  1. Sepeket Spaghetti (Jenama ikut kemampuan anda yang kaya beli yang mahal yang miskin mcm kita org beli yang biasa-biasa je. . .Janji spaghetti ye bukan mee kuning. . .hak hak hak - Gelak lucu yang tidak lucu)
  2. 500 gram daging ayam cintang (actually lebih sedap jiga gunakan daging lembu, tapik memandangkan yang Noel nie tidak gemarkan daging merah & hanya makan denging babi sahaja so we change to daging ayam cincang sunti)
  3. 400g susu cair (Jenis susu ini juga bergantung kepada kehendak dan selara suami ye kak jah oii. . .Gunakan susu yang membuatkan dia berselera adalah lebih baik dan afdal. . . Namun pastikan ia masih belum basi & berbau masam)
  4. 1 labu bawang besar (yang kaler kuning tu), 5 ulas bawang putih (Pemilihan & kuantiti penggunaan Bawang Besar & Bawang Puteh ini bergantung kepada kesukaan dan kehendak. . . Bagi yang gemarkan ketiak berbau kepam tambahlah jumlahnya. . .Suka hati mengikut kehendak jiwa)
  5. 2 batang carrot, 4-5 biji tomato segar, 2 batang celery dicincang dan diracik halus seakan bentuk dadu. .(Namun bagi insan yang rakus seperti Noel bentuk dadu itu kelihatan seperti petak-petak sawah saiznya. . .)
  6. 1 Tin Cendawan butang yang dibelah 4, 1 tin tomato puri (saiz besar), serta 1 tin pregor spaghetti sos. . .(Spaghetti sos & cendawan butang adalah option yang kelihatan agak wajib bagi memastikan hasilnya nanT sepersis Spaghetti adunan Tams & Noel ) - bagi yang gemarkan rasa yang lebih masam pula bolehlah menggantikan pregoh spaghetti sos dengan 1 tin tambahan tomato purry. .
  7. 3 sudu besar minyak masak & 2 sudu besar butter. .
  8. Garam & gula secukup rasa (Namun diingatkan disini bahawasanya kurangkan garam & gula dalam masakan & lebihkan manis dalam senyumam - tetiba)
Cara-cara & kekdah penyediaan Speghitti Ayam Sunti ciptaan Chef Ismail & Orang gajinya Noel. . .
  1. Pada permulaannya jerang air didalam periuk, kemuadian masukkan sedikit garam & sedikit Minyak bertujuan untuk memastiakn spaghetti tidak melekat. . Setelah air enak mendidih masukkan spaghetti tadik. Mcm we all bagi memastikan speghetti yang terhasil lebih halus & lembut rasanya, kami menggunakan air tapisan Dr Sukida yang ada gambar Chef Wan. . .
  2. Dalam masa yang sama panaskan minyak bersama butter kedalam sebuah periuk tinggi. . .
  3. Setelah minyak panas masukkan hirisan bawang besar & bawang puteh tadi. . . Tidak sehingga rangup, cukup sekadar ia menjadi lembik kerana jika mahukan yang rangup molek sahaja jika dibeli bawang goreng dipasar raya bukan - benci aku biler baca balik. . .
  4. Kemudian masukkan ayam/daging cincang tadik dan gaulkan bersama dengan bawang tadik. . .Tunggu sehingga ia masak sebelum memasukkan susu cair/susu segar. . .Jangan lupa kuatkan api agar susu tadi mendidih. . .
  5. terlihatkan ketulan-ketulan seakan basi. . .Jangan panik & menjerit ketakutan kerana itu merupakan tindak balas antara susu dengan danging tadi - maybe. . . Lantas masukkan tomato puri, tomato,sos speghitti, cendawan serta sayuran tadi bersama-sama. . . Kacau-kacau serta kecilakn api. . .(lenyek tomato segar yang dipotong dadu tadi sehingga tidak terlihat di mata namun berada dihati)
  6. Tunggu sehingga kuah speghetti tadik sedikit kering kemudian sedia untuk dihidangkan. . . Namun jgn lupa untuk toskan Speghetti yang direbus tadi. . . (Lebih lama ada mendidihkan kuah speghetti anda semakin enak dan merveles rasanya- percayalah)
  7. Andaikata ketika anda memdidihkan serta mengeringkan kuah tadi terlihatkan serbuk perencah secukup rasa tambahkan ia, kemudian terlihat pula serbuk black paper yang lagi beberapa hari mahu expired juga campurkan ia. . .Agar spegetti yang terhasil nanT tidak begitu murtad kerana masih mengekalkan sedikit rencah & resepi Melayu yang kaya dengan adat dan santunnya. . .Mulia bukan. . .
Repisi ini merupakan beberapa gabungan resipi daripada internet & pengalaman hidup yang mematangkan diri & jiwa. . . . Semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama dirahmati ilahi seterusnya dimasukkan ke dalam syurganya. . .Amin. .