Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia. . . Rindu bukan apabila saya menyepi, seperti mana anda saya turut merasakan perasaan itu kepada kalian. . .ha ha ha dah la handsome perasan orang rindu plak tu, benchiii betul. . .
Ekcheli entry kali nie just nak berkongsi kepakaran dan kecekapan Aku selaku Chef Ismail & Noel sebagai orang gaji, ha ha ha masak Spaghetti Ayam Sunti. . . cekap bukan main, dah macam Chef Zam dah, bezanya aku masih belum sedut lemak lagi. . .
Kekdahnye hujung minggu yang baru berlalu nie Aku & Noel mengambil keputusan untuk masak spaghetti sebagai menu tengah hari itu dan malamnya serta keesokannya, ia lebih baik daripada kami mengambil keputusan untuk berjimak bukan. . . So disini aku ingin berkongsikan resipi spaghetti yang sedapnye hanya tuhan sahaja yang tahu. . . Seriuss
Mula mula sediakan kertas dan pen ye kak jah & abang kekar oii. . . Lepas tu salin resipi nie.. .
Mula mula sediakan kertas dan pen ye kak jah & abang kekar oii. . . Lepas tu salin resipi nie.. .
- Sepeket Spaghetti (Jenama ikut kemampuan anda yang kaya beli yang mahal yang miskin mcm kita org beli yang biasa-biasa je. . .Janji spaghetti ye bukan mee kuning. . .hak hak hak - Gelak lucu yang tidak lucu)
- 500 gram daging ayam cintang (actually lebih sedap jiga gunakan daging lembu, tapik memandangkan yang Noel nie tidak gemarkan daging merah & hanya makan denging babi sahaja so we change to daging ayam cincang sunti)
- 400g susu cair (Jenis susu ini juga bergantung kepada kehendak dan selara suami ye kak jah oii. . .Gunakan susu yang membuatkan dia berselera adalah lebih baik dan afdal. . . Namun pastikan ia masih belum basi & berbau masam)
- 1 labu bawang besar (yang kaler kuning tu), 5 ulas bawang putih (Pemilihan & kuantiti penggunaan Bawang Besar & Bawang Puteh ini bergantung kepada kesukaan dan kehendak. . . Bagi yang gemarkan ketiak berbau kepam tambahlah jumlahnya. . .Suka hati mengikut kehendak jiwa)
- 2 batang carrot, 4-5 biji tomato segar, 2 batang celery dicincang dan diracik halus seakan bentuk dadu. .(Namun bagi insan yang rakus seperti Noel bentuk dadu itu kelihatan seperti petak-petak sawah saiznya. . .)
- 1 Tin Cendawan butang yang dibelah 4, 1 tin tomato puri (saiz besar), serta 1 tin pregor spaghetti sos. . .(Spaghetti sos & cendawan butang adalah option yang kelihatan agak wajib bagi memastikan hasilnya nanT sepersis Spaghetti adunan Tams & Noel ) - bagi yang gemarkan rasa yang lebih masam pula bolehlah menggantikan pregoh spaghetti sos dengan 1 tin tambahan tomato purry. .
- 3 sudu besar minyak masak & 2 sudu besar butter. .
- Garam & gula secukup rasa (Namun diingatkan disini bahawasanya kurangkan garam & gula dalam masakan & lebihkan manis dalam senyumam - tetiba)
- Pada permulaannya jerang air didalam periuk, kemuadian masukkan sedikit garam & sedikit Minyak bertujuan untuk memastiakn spaghetti tidak melekat. . Setelah air enak mendidih masukkan spaghetti tadik. Mcm we all bagi memastikan speghetti yang terhasil lebih halus & lembut rasanya, kami menggunakan air tapisan Dr Sukida yang ada gambar Chef Wan. . .
- Dalam masa yang sama panaskan minyak bersama butter kedalam sebuah periuk tinggi. . .
- Setelah minyak panas masukkan hirisan bawang besar & bawang puteh tadi. . . Tidak sehingga rangup, cukup sekadar ia menjadi lembik kerana jika mahukan yang rangup molek sahaja jika dibeli bawang goreng dipasar raya bukan - benci aku biler baca balik. . .
- Kemudian masukkan ayam/daging cincang tadik dan gaulkan bersama dengan bawang tadik. . .Tunggu sehingga ia masak sebelum memasukkan susu cair/susu segar. . .Jangan lupa kuatkan api agar susu tadi mendidih. . .
- terlihatkan ketulan-ketulan seakan basi. . .Jangan panik & menjerit ketakutan kerana itu merupakan tindak balas antara susu dengan danging tadi - maybe. . . Lantas masukkan tomato puri, tomato,sos speghitti, cendawan serta sayuran tadi bersama-sama. . . Kacau-kacau serta kecilakn api. . .(lenyek tomato segar yang dipotong dadu tadi sehingga tidak terlihat di mata namun berada dihati)
- Tunggu sehingga kuah speghetti tadik sedikit kering kemudian sedia untuk dihidangkan. . . Namun jgn lupa untuk toskan Speghetti yang direbus tadi. . . (Lebih lama ada mendidihkan kuah speghetti anda semakin enak dan merveles rasanya- percayalah)
- Andaikata ketika anda memdidihkan serta mengeringkan kuah tadi terlihatkan serbuk perencah secukup rasa tambahkan ia, kemudian terlihat pula serbuk black paper yang lagi beberapa hari mahu expired juga campurkan ia. . .Agar spegetti yang terhasil nanT tidak begitu murtad kerana masih mengekalkan sedikit rencah & resepi Melayu yang kaya dengan adat dan santunnya. . .Mulia bukan. . .
4 comments:
nanti bolehlah masak kat umah yer....
InsyaAllah.......
Kosnya budak INTEC tanggung....
wah, nanti bley try nih...
Terima kasih kerana singgah & terima kasih kerana nak try...
saya terharu & bergenang air mata..
Post a Comment