Thursday, December 30, 2010

BRokEn HEaRt DaN MaEL...


huhuhuhu entah mana yang spesial nye i pun tak tahu..but im notice went my friend got problem in relationship they find me.... telling me the sad story and bincangkan cara menamatkan riwayat hidup dengan cara paling dramatik.... not kira jantan ke betina.... Rasa macam Dr Fazilah Kamsah edisi handsome plak...
Actually one of my best friend call me yesterday.. Cry and telling me about relationship like pepatah said "ibarat tahi dihujung bontot ".. so pity on him..(orang kata kalau nak bagi nasihat kene cakap org putih skit-skit baru nampak profesional..ahaks)



So disini i ingin menyatakan beberapa cadangan dan penyelesaian yang dianggap perlu dah berkarisma... mungkin ia mampu meringankan beban dan jiwa insan yang telah hancur ibarat serpihan-serpihan pasir yang putih dilautan yang terbentang luas. Actually If I can see tears in your eyes, and it's really good to feel needed.

Belajar dari Kesilapan Dan pengalaman


A life experience becomes a give, So perhatikan "what wrong with me" sehingga beliau sanggup curang/direject terhadap kamu.... perhatikan masa-masa lalu yang ditempuh bersama.. and identify why u got rejected lantas perbaiki kesilapan dan kekurangan tersebut... Sebagai contoh andaikata anda ditolak/dicurangi akibat tidak memepati ketinggian yang diidamkan , pergi ke Korea dan buat pembedahan lutut.. tatapi sekiranya anda ditolak kerana paras rupa yang tidak menawan anda harus pasrah kerana bukan semua insan dilahirkan menawan dan rupawan seperti aku...ahaks

Belajar Untuk Menerima Kenyataan.


Seperti yang dinyatakan tadi bukan semua dikurniakan ke'mernawan'an dan ke'budiman'an kerana tiada siapa sempurna dimuka bumi Allah yang sementara ini.... Belajarlah untuk menerima kenyataan yang anda telah dibuang... jika terlalu sukar untuk mengerti apa itu "menerima kenyataan" tontonlah kembali cerita PASRAH lakonan Erra Fazira dan Norman Hakim satu masa dahulu.... So try harder in future, let's the past be the past ye ualls..

Kembali Beriman
I believe the wonderful creation of God, Can change our perspective and emotion. Maybe sebelum-sebelum ni u all like to perform ur prayer quite late or very late ,So in situasi jiwa tak menentu dan kebarangkalian nak makan racun tikus agak tinggi nie try to change it... dengar je azan terus smayang.. terus berdoa pada tuhan mintak petunjuk mintak restu.. pastu banyakkan asma ulhusna coz from what read asma ul husna mengeluarkan kesedihan dengan menggantikan kepada kebahagiaan... dan jadikan ia amalan hidup sentiasa aman badan sihat otak cergas buat apa pun pantas<--ini lagu ni.. Remember God will fix your broken heart if you give all of the pieces of urs.

Cari Hiburan & Riadah...

Have feeling the wave of pain sweep over you, without sensing that knot in the pit of your stomach without dwelling on what went wrong or try to make it through the day without bursting into tears and braking down but you do it and happen anyway was normal in broken heart my friends. Makanya as the broken heart advisor i syorkan agar sibukkan diri dengan perkara berfaedah yang lain.. maybe hangout with friend, dan yang lebih mulia dan bekesan ajak diaorg keluar dan belanja makan sedap-sedap...Selain tu tengok wayang ke, karoke ke, dan kalau nak nampak lebih mulia jadik sukarelawan rumah anak yatim... Idak pun try menjalani hidup macam biasa try untuk tidak mengelabah dan fikir yang bukan-bukan, Ikut kata hantan tarik nafas yang panjang, tahan sebentar dan lepaskan perlahann....

I rasa cukuplah nasihat penawar duka pengubat rindu buat kali ini... lagipun bukan ade orang yang nak baca enty aku pun.. just perasan sendiri je.... Dan sebagai nasihat terakhir kepada kawan i yang call semalam ingatlah "disebalik kejayaan dan kebahagiaan seorang lelaki adalah kerana ada seorang wanita dibelakangnya"


ps: ucapa
n tahniah kepada mempelai bahagia a.k.a sahabat i Nur Basyariah@Musa kerana telah berumah tangga... Semoga bahagia dan dirahmati Allah hendaknya... nanT kalau i kawen u jangan risau ye sahabatku basyariah kompom i ajak dan Jngn lupe bawak suami skali....
sumber disini

Wednesday, December 15, 2010

SeLAmaT HAri JAdi My LittLE Adik...


Water Never Stop Flowing, Wood Never Stop Burning, Heart Never Stop Beating, Like A Time That Never Stop Moving.... But Still Get Older and Older..Fat And Fat...And Never Get Tall... So Sad.


SELAMAT HARI JADIK YANG 16 KEPADA ADIK KU SAYANG
MOHAMMAD FIRDAUS BIN SALLEH
15-12-2010

Semoga aus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.... but if u die first i got harta lebih.. So please Allah panjangkan Umur My Apak and All My Famili.... susah nak manege harta yang banyak macam Harta Tuan Guada Lupe Mendoza Nie (Catalina Y Sebastian)... mana nak naik kuda lagi... mana nak lawat ladang lagi...fuhh difficult sungguh..



Ucapan Dari Hati YAng Suci Lain.

EMAK
: Mak H
anya Mampu Meluahkan Selamat Hari Jadi Yang Tak Terperi.
AKAK
: Selamat Hari Jadi Aus...

ANJALE : Abg Jale disini mengucapkan semoga Aus "May God Bless You"
ABAYA : I Love You As I Love My Self Happy Besday My Brother.
ADIK : Happy Birthday To You...Itu Sahaja

Aus....You Are My Light, My Almost Beloved Star, You Are My Light In All Place, Even In Dark When All Others Light Go Out....Hope U Enjoy In What U Do And What U Make.... I will Be Ur Star 2...

Thursday, December 9, 2010

SeLamaT BerCut!.....SelamAt MeNgumPuL LeMak Man!s..


Sebelum aku merapik merapu dan meraban disini aku ingin menyatakan bahawasanya aku tidak memiliki walau secangkir pertalian darah dengan robert pattinson...Apatah lagi isu kembar seiras dengan beliau... please-please Im begging You Don't force me to say No he Not My Twin Again And Again And Again !!!..... Tolak ketepi isu rambut sexy dan wajah kacak aku yang sepersis beliau....

Astagfurullah.... tak baik sungguh aku bersikap riak begitu apatah lagi dihadapan insan sewajah seperti kamu...



Niat di Hati nak peluk gunung apakan daya tangan tak sampai... Lantaran itu i hanya mampu mengucapkan:

SELAMAT TINGGAL PEPERIKSAAN DAN SELAMAT MENIKMATI CUTI SEMESTER WAHAI SAHABAT RAKAN DAN TAULAN - KETEMU LAGI DILAIN MASA
-:Selamat tinggal juga diucapkan kepada Perut Petak:-
.....
huhuhuhu berpeluh-peluh misai cikgu roslina kalau terbacakan entry ini... Masakan tidak pepatahnya tiada kesinambungan lansung...
.............
Melihatkah gambar diatas terlalu kejikah aku kiranya menyalahkan Ibu dan Ayah atas genetik mereka yang terlalu gorges tersebut... Kerna Aku seakan letih menjadi perhatian insan diluar sana..keterlaluankah
.....
.....
PS : Lama tidak mendengarkan khabar chekgu bahasa Melayu aku yang sempoi itu... masih meniaga nasik lemakkah beliau diwaktu pagi... Masih bertudung labuhkan Beliau... Masih berpeluh lagikah misai beliau apabila masuk ke dalam kelas.. atau masih bernyawa lagikah beliau...
....
Aku dapat merasakan semakin hari penceritaan dan story aku semakin sampah.... dan Sesungguhnya sampah masyarakat merupakan musuh negara..

Saturday, December 4, 2010

BiBLoGiOgRaFi SeOrAnG daTo Dr Ir IsMaIL SaLLeH..


Rantaian hidup dan Siratan Makanan Seorang Insan Bergelar Ismail bin Salleh.... Nukilan dipagi Sabtu yang membosankan bertemankan Hujan Renyai...


"Sesungguhnya Allah Adalah Perancang, Dan Manusia Adalah Perancang... Tatapi Allah Adalah Sebauk-baik Perancang"

1-5 tahun

tak berape ingat ape yang belaku time nie... tapi rase2nye lebih kurang umur 3 tahun ade zone kembang.... pantang kersungkip skit dah la ngobak... tersungkip sikit dah la teroyak.... atas alasan cemburu dan perasaan kurang kasih sayang.... Jika dijadikan akak sebagai contoh.... aku dapat bayangkan berape kembangnye aku time tu...

6 tahun - Taski Abim Nurul Yaqin

Time nie nak keluar rumah pn mak tak bagi sangat.. kesannya we all main sama adik beradik je la.

misi dan tujuan hiduppun tak jelas lagi time nie...tetapi apa yang pasti setiap kali main masak-masak ngan adik-adik mesti berangan jadi seorang bapak yang budiman pegi keje balik keje , bini (akak,adik)pulak asyik masak je, suap anak makan (anon ngan aus) pastu main ngan kucing kesayangan (baya), kengkadang kak ju masuk campur jadik mak tiri yg kejam...

Aku paling suka kalau adik pegang watak jadik mak.. beliau begitu pandai menjiwai watak... skip yang aku ingat sampai skarang:

"Salahkah Zah Nak Jumpa Anak Zah Abang...Salahkah Zah"

7-12 tahun - Sekolah Kebangsaan Sultan Isris II

time nak isi buku laporan chekgu rahizan mesti hanye nak jadik ape biler besar nanT... secara tipikalnya mesti jawap nak jadik cekgu, polis dan dokter... tapik seriusli aku nak jadik Power Ranges puteh time tu... sebab dia punye robot paling cool skali... burung helang keluar ikut gunang berapi...

Ini semua sebab pengaruh kartoon.. Sebab katoon jugaklah hamster aku mati... tekorban sebab kene salai bawah mentari yg terik... akibat telebih bitamin E... Akibat sailormoon ngan Dragon Ball start pukul 9-10...

Pasal pengaruh jugakla aku ngan baya simpan duit belanja 5 kupang + 5 kupang sehari sebab nak beli kete tamai.des & kuro.. nak beli kete pakai engine merah tak silap ayu name engine tu.. sebab kalau pakai engine tu kete boleh jalan dalam air... Tapik kita orang tak mampu nak beli kete tu.. kita orang mampu beli kete jename X je.... kayuh basikal beli kat Pasaraya Seberang Perak...

Time nie jugaklah tertubuhnya kumpulan 4 Shere.. Kumpulan yang ahlinye terdiri daripada aku,baya, apis dan amin... tujuan penubuhan adalah misi mengelamatkan bumi bosnia dari peperangan... sebab time tu kita orang semua ade kuasa.. aku kalau tak silap kuasa angin, baya kuasa Api, Apis kuasa Air dan Amin kuasa tanah.... Setakat nuklear tu tepis pakai kuasa i je time tu..huhuhu

13-17 Tahun -Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak

Time nie kiranya baru mencapai akhir baligh... bulu pun baru tumbuh halus-halus.warnapun puteh lagi... Makanya tak cukup liar lagi, ape itu youtube pun tak jelas lagi..masih kabur..masih ditengah persimpangan...

1-3 Rancangan Khas Agama - bakal ustaz sebenarnya i nie pada asalnya....
لا إله إلا الله محمد رسول الله
Pangkal tingkatan satu duduk asrama.. tetapi mintak dipostkan kembali ke rumah akibat mengalami masalah home sick dan jiwa yang kronik... mcm kata adik "dah tak boleh nak bernapas dah nie".... Lepas tu pergi sekolah naik basikal racing (handle tanduk kerbau utan)

18 Tahun - Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur

Atas dasar ingin menjadi seorang programmer yang kacak lagi bergaya aku melanjutkan pelajaran disini... Namun Sekadar 6 bulan sahaja berada disini.. tatapi banyak yang aku belajar erti keSOSIALan...

Mula memiliki perasaan gatal dan mula ada perasaan cinta pada seorang insan yang bergelar gadis.... First time dating makan kat kenny rojes, kalau apak tahu mesti dia murka kerana beliau bersusah payah mencari nafah, i pulak bersusah payah makan ayam guna sudu.. ia harus agar nampak macho dan romantik ketika itu... Minum air pun kepit strow agar airnya tidak bisa habis cepat...huhuhuhu

Ketika umur pra-matang ini juga aku baru mengetahui bahawa terdapat insan yang menyalah gunakan fungsi dan tujuan bontot - untuk berak... teketar-ketar lutut time tu, sbb kene raba n ngorat oleh insan yang mempunyai senjata api sama seperti aku ekk.. Nasib baik la yang mengorat tu bukan jenih yang mengeliat-ngeliat kalau tak bertambah seram la jadinye.....

itulah delema yang sering dihadapi oleh aku selaku jejaka cute dan tampan.... Menjadi igauan gadis dan juga jejaka....


19- 21 Ta
hun - Politeknik Sultan Azlan Shah Tanjung Malim

Segala suka dan duka...Gelak dan tawa serta dendam kesumat dewi telah diceritakan, sudah dikhabarkan disini..

23-25 Tahun - Universiti Tun Hussien Onn Malaysia Batu Pahat

Sebelum masuk sini.. i keje sebagai technician kat Same Darby tapik dalam hatik ade perasaan nak jadik Engineer xnak keje dari pukul 9 - 10 mlm 8 hari seminggu..kerana bimbang nanT kalau berumah tangga anak panggil i Pakcik Mael atau Mael je, kerna dia orang tak kenal i ni sape ... kurang adap kalau ia benar terjadi...

Lantas mengambil langkah extrim dinasor untuk sambung belajar meskipun usia dah lanjut dan badan sedikit gayut.... Tapi sekurang-kurangnya i bahagia skarang.... hahhahaa

cukup penerangannya disitu...

26-30 Tahun..

Mula start mencari nafkah kalau ade rezeki boleh la keje jadik engineer.. tapik kalau rezeki bukan disitu i tetap kene keje... kene ade sebuah kereta , kene ade rumah, dan kene ade simpanan.... Tak lama lepas tu berumah tangga umur dalam 29/30 mcm tu... hilang virgin tapi tak nagis kat bucu dinding... isteri pulak cantik orangnya, kulit kuning-kuning langsat, kurus, macung hidungnya mata pulak sedikit sepet, tingginya paras-paras bahu gitu.... perfector-perfector...
Lepas bahagia menjalani kehidupan sebagai suami isteri we all dikurniakan 4 orang cahaya mata, dua orang lelaki dan dua orang perempuan... Nama dia orang i rahsiakan dulu... serius dah ade...keji.... Selalu dia orang tolong mak dia orang kemas rumah, begaduh sikit-sikit tu biasa la budak-budak...

Kalau la angan-angan nie jadik nyata alhamdulillah kalau x jadik takpe... n kalau pulak tetiba menginggal anggaplah ini nukilah membuang tebiat..huhuhuh seram..


Wednesday, December 1, 2010

PeNDak!An kE GuNunG LambAk....


01-12-2010 PERJALANAN PENUH PENGEMBARAAN - PENDAKIAN KE PUNCAK GUNUNG LAMBAK



THE STORY WAS BEGIN WHEN THE SUN TAKE THE TURN AND THE MOON GO TO SLEEP

firstly i wanna say thank a lot of the ring kepada sesiapa yang sudi membaca nukilan penawar luka i selama ini.. Secondly i wanna tell u allz about pendakian penuh cabaran we all ke GUNUNG LAMBAK yang teletak di KLUANG.. Seramai 14 Orang pendaki yang jika dilihat secara kasarnya masih lagi virgin dan suci menyertai pengembaraan ini... 3 daripadanya merupakan wakil daripada Kolej Kediaman Taman Kelisa Dan selebihnya daripada Kolej Kediaman Taman Universiti..



menurut perancangan awalnya perjalanan akan bermula seawal fajar sidiq menyinsing lagi.. tetapi apakan daya ia sekadar janji-janji indah yang ditaburkan oleh peserta daripada Taman Universiti... Makanya kami yang bertiga ini sabar menunggu bertemankan cengkirik yang berbunyi..
(bersambung.....)



Ayuk kita lupakan permasalahan mereka yang tidak menepati janji tersebut.... Dasar manusia picisan.....hahahha
Actually kedatangan kami ke Kaki Gunung Lambak pada jam 8:40 am disambut dingin oleh hujan yang turun bagaikan mutiara , berkilau bersinar berkedipan, subur menghijau bumi terbentang dan bayu berbuput lembut. Namun ia sedikit tidak menggugat semangat untuk meneruskan pendakian bagi mencari secangkil ketenangan setelah shahdu menjawap soalan peperiksaan..



Pendakian we all bermula seawal jam 09:07am beberapa minit selepas makan sarapan dan berdoa agar mendapat keberkatan ilahi.... 15 minit selepas pendakian bermula, seorang daripada sahabat iaitu faizal (bukan nama sebenar - ia bagi bertujuan mengelakkan empunya diri berasa rendah diri) ini berhenti ditengah perjalanan kerana beliau tidak lagi mampu meneruskan pendakian.. pucat lesu ibarat insan memakai garnier 2 tona lebih cerah beliau ketika itu... Namun bagi insan-insan gagah seperti kami pendakian harus diteruskan... hal ini adalah kerana menurut seorang ahli pendakian menuju kepuncak menguji kekuatan & kecekalan sperma anda... pantang kalau kelakian itu cuba dirobek..

:KICAUAN BURUNG BUKANLAH SUATU YANG MENDAMAIKAN PADA KETIKA ITU:



Setelah hampir Satu Jam Setengah pendakian akhirnya we all sampai ke puncak dengan jayanya...Kedinginan dipuncak dan kadar kepeketan Oksigen yang tinggi sedikit sebanyak mengurahkan lelah dan mengembalikan kembali kadar degupan jantung pada tahap yang normal.. Namun sesungguhnya we all telah tersilap puncak.. ingin mencari puncak gunung lambak yg menyajikan penorama bandar kluang tetapi mememui puncak gunung lambak yang menyajikan penorama pohon hijau.... sesungguhnya puncakmu memang berLAMBAK wahai gunung lambak.... hanya lagu Puncak kasih yang mampu mengubat sekelumit kekecewaan itu..



Seletah cuba menikmati apakah erti sebenar kepuasan disebalik pendakian yang memenatkan itu.. we All menuruni semula gunung dengan keadaan kaki yang terketar-ketar seperti Mohd Ali... Diseperjalanan pulang kami, we all bertemu dengan Air Terjun yang mengalir deras tanpa haluan.. ibarat mengantuk diusungkan bantal we all segera menakedkan diri lantas bermandian didalam air yang dingin namun besarnya cuma sesaiz longkang... Lantas ia menjadi siulan dan pengamatan si gadis yang lalu..

bermandian bogel tersebut adalah satu penipuan , masakan aku yang berdahi hitam ini tergamak melakukannya perbuatan yang bisa melemahkan iman insan yang bernama Gadis....



Sebelum terlupa ketika menuruni gunung lambak itu, aku telah ketemu dengan Remy Ishak Dan Nora Danish yang sedang Asyik mengejar Gempita Merah.... Namun mereka sempat menyampaikan salam kepada anda semua,.. Dan kami sampai semula kekaki gunung pada jam 1:20 pm..

PS: Aku suka pendakian ini dan berharap agar ade lagi dimasa mendatang dan seungguhnya FAIZAL merupakan nama sebenar...hahahahhaha