berbatu lonjatan dan bersempadankan kepada misi dan visi sesebuah keluarga bagi memastikan kemesraan dan keharmonian sejagat berpanjangan dan berterusan, tidak goyah walau dilanda badai walau dihentam ombak dan walau dipukul onak, satu aktiviti tahunan cuba digarapkan dan dilaksanakan serta disisipkan didalam dairi tahunan keluaran haji salleh dan hajjah asmah.. Aktiviti yang dinamakan sebagai Gathering Keluarga Bahagia... jeng jeng jenggggggg...
Cadangan awal nak buat gethering ala-ala keluarga bahagia rosmah mansor jenjalan makan angin kat pulau pakai bikini n sependa renoma.. tapik alih-alih bergethering kat rumah je.. kerana tangan mak masih belum cukup kuat untuk mengkarate bata sehingga terbelah dua seperti dahulu..Tapik apa yang penting tetap nampak bahagia dan tetap nampak harmoni..
25-12-2010 bersamaan dengan ulang tahun pekahwinan mempelai bahagia kak jah dan abang arib yang ke 9 tahun menjadi pilihan untuk gathering tahun ini.. dengan hanya membuat wajah ala-ala jang nara dan mengucapkan "Selamat ulang tahun perkahwinan Kak Jah" upacara gathering kali ini kelihatan sedikit kebaratan kerana ade kek dan aiskrim sekupang cik ani...

Selain daripada bermain bunga api dan mercun yg usianya sudah mencecah tahunan dimalam gethering tersebut, we all juga berkumpul beramai-ramai rumah menikmati kenikmatan BBQ bertemankan cahaya sang bulan dimalam yang dingin itu.. Kiranya inilah kemuncak kenikmatan kepada aktiviti gathering itu.. Sungguh bahagia sungguh berseronok ketika itu, setiap perbualan menjadi isu hangat setiap kata-kata menjadi jenaka dan senda gurauan...bertepuk tampar dan bergaul mesra.. Mujur tiada yang terlanjur dimalam tersebut..wahahaha