Tuesday, January 18, 2011

GAthEriNg KeLuaRgA BahaGia 2O1O...


berbatu lonjatan dan bersempadankan kepada misi dan visi sesebuah keluarga bagi memastikan kemesraan dan keharmonian sejagat berpanjangan dan berterusan, tidak goyah walau dilanda badai walau dihentam ombak dan walau dipukul onak, satu aktiviti tahunan cuba digarapkan dan dilaksanakan serta disisipkan didalam dairi tahunan keluaran haji salleh dan hajjah asmah.. Aktiviti yang dinamakan sebagai Gathering Keluarga Bahagia... jeng jeng jenggggggg...


Cadangan awal nak buat gethering ala-ala keluarga bahagia rosmah mansor jenjalan makan angin kat pulau pakai bikini n sependa renoma.. tapik alih-alih bergethering kat rumah je.. kerana tangan mak masih belum cukup kuat untuk mengkarate bata sehingga terbelah dua seperti dahulu..Tapik apa yang penting tetap nampak bahagia dan tetap nampak harmoni..


25-12-2010 bersamaan dengan ulang tahun pekahwinan mempelai bahagia kak jah dan abang arib yang ke 9 tahun menjadi pilihan untuk gathering tahun ini.. dengan hanya membuat wajah ala-ala jang nara dan mengucapkan "Selamat ulang tahun perkahwinan Kak Jah" upacara gathering kali ini kelihatan sedikit kebaratan kerana ade kek dan aiskrim sekupang cik ani...



7 ekor ayam kampung menjadi korban suci untuk majlis gathering pada kali ini, dan seperti biasa sapa lagi yang dapat diharap didalam keluarga kalau bukan i untuk menjadi penyembelih ayam pada pagi 25-12-2010 yang permai itu.. kira dah berstatus profesional dah nie.. Dan bagi menampakkan lebih harmoni we all bergotong royong menyabut bulu ayam tersebut tak tumpah seperti kata pepatah "carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga" pada situasi dan momen tersebut...



Selain melihat telatah comel anak-anak bermain manja bersama arnab yang kini telah bertemu tuhan, atau dibiarkan bermain pasir seperti anak-anak terbiar meraka turut dibawa mengelilingi kampung menggunakan moto roda tiga apak pada setiap pagi dan petang...Kira macam promote kat rakyat kampung yang keluarga haji salleh nie subur-subur belaka atau dengar erti kata lain keluarga haji salleh boleh proses laju...tanpa memikirkan natijah jika motor virago termasuk dalam perapit menyebabkan lumpuhnya salasilah dan menyebabkan kedua ibu dan bapa mereka mengalami meroyang yang kronik adalah antara aktiviti-aktiviti berfaeadah sepanjang gethering 2010 ini.



sebelum pembaca membuat andaian mengapa mael kacak kelihatan seperti digigit tabuan muka kembang semangkuk biar model ternama nie memberi penjelasan... on that time im carring the holiday weight.. tu yang nampak mcm melimpah-limpah tu... tapik skarang dah kembali tampan, pinggang pun dah mcm pinggang zaiton sameon balik dah... (merapekk)



Selain daripada bermain bunga api dan mercun yg usianya sudah mencecah tahunan dimalam gethering tersebut, we all juga berkumpul beramai-ramai rumah menikmati kenikmatan BBQ bertemankan cahaya sang bulan dimalam yang dingin itu.. Kiranya inilah kemuncak kenikmatan kepada aktiviti gathering itu.. Sungguh bahagia sungguh berseronok ketika itu, setiap perbualan menjadi isu hangat setiap kata-kata menjadi jenaka dan senda gurauan...bertepuk tampar dan bergaul mesra.. Mujur tiada yang terlanjur dimalam tersebut..wahahaha

No comments: