Saturday, March 28, 2009

JumAaT yAnG HeNinG.....

Kisah untuk ketika dan waktu....Hari Jumaat 27-03-2008 bersamaan 30 Rabiulawal 1430H..

Dengan berbekalkan kasut/selipe cinderella.. setengah pasang baju melayu dan sehelai kain pelekat yang dirompak dari almari apak aku telah menyertai perarakan mAULidUL RASUL yang sepatutnya disambut pada 09-03-2009 bersamaan 12 RABIULAWAL 1430H.

ketika Jalan Pulangnya adalah sikit memalukan dan menjadi perhatian kerana hanya aku dan ipin sahaja yang berkain pelekat pada jam 09:00am yang mana subuh telah jauh meninggalkan waktu itu dan Zohor masih belum menjengah waktunya..
"alamak ayat osman awang la pulak"
.
Sebagai tambahan..hanya aku dan ipin sahaja berkain pelekat di majlis tersebut..selebihnya berbaju melayu lengkap bersampin.. Ini membuatkan barisan perarakan Kolej Kediaman mendapat markah lebih kerana menampilkan variasi berpakaian..Anugerah Khas Juri hahahah..Adalah satu perkara yang agak memalukan apabila hanya 8 orang sahaja daripada jangkaan 100 orang wakil dari Kolej kediaman TUN DR ISMAIL yang hadir memeriahkan majlis.

Wednesday, March 25, 2009

!f I cOuLd SleEp 4eVeR.....


hari ni hari Rabu... time ayat time ni ditulis jam menunjukkan pukul 07:03pm...cuaca pulak macam ujan tapi tak hujan...Hati ini bertambah gersang dan pilu takkala mendengar lagu "if i could sleep forever"...

aku sekadar ingin memberi tahu dan berkongsi kesedihan dan kepedihan yang aku tanggung kepada anda semua...diharap anda bersimpati dan memberi semangat untuk aku meneruskan kehidupan ini...

smalam abang jale msg bagi tahu yang awek aku dalam keadaan tenat akibat terkena barah.... lantas hati yang kecil ini inginkan penjelasan yang lebih lanjut...Ohhho ni merupakan satu berita yang mampu membuatkan setiap orang lemah buku lalinya apabila mendengar berita sedemikian..

Akan tetapi aku harus menerima hakikat.....benar keadaan beliau begitu memilukan dan menyentuh hati... episode 18 season 5 greys anatomy sangat menyentuh hati.... sedih melihat awek aku IZZIE STEVEN terkena Barah... knape tak bagi CRISTINA YeNG je yang terkena barah biar dia mati sebab dia tak cantik sangat..

ujan sudah turun...menambahkan kepiluan aku terhadap izzie..

kalu abg jale terbaca post ini jngn lupa mendownload kan semua chite yang mae tempah..terutama chite Grey Anatomy... mae dah tngk skit2 preview dia dalam Youtube...ooohoho aku nak pergi smayang dulu..

Friday, March 20, 2009

OrAnG sUruH k!tA iKuT......

-BECAUSE I SAID SO-

selaku seorang artis yang terkenal yang tidak pernah lupa pada daratan aku ingin menjawap TAg yang diberikan oleh kenalan YESTERDAY.TODAY AND TOMORROW....

soalan soalannya beliau adalah....

5 TABIAT BURUK DI ZAMAN PERSEKOLAHAN..
  • Suka dtg sekolah awal untuk menyalin kerja sekolah pada pagi-pagi buta tersebut.. kiranya bebudak kelas xde jawapan aku sanggup berhijrah ke kelas sebelah.. buku yang selalu jadi mangsa adelah buku Ain Hambali , kamariah carrey, Aimi Nadia tapi kalu nak pinjam buku budak lelaki dia orang pun 5 x 5 aku je..hahahaha
  • banyak sangat menyertai pertandingan berbentuk game show seperti perlawanan terup antara 4s2 dengan 4s1, permainan 1-2 som ala WWF "sape yang menang dapat tali pinggang pusingan" main pemadam seremban dan aci nyorok time kelas kemahiran Hidup time tingkatan 2 sebab chikgu suhaili time 2 asyik xde je.
  • suka salah guna kuasa sebagai ketua kelas...."kalu time tu chikgu ajar macam bosan je aku akan keluar membeli ais krim kat rumah mak cik blakang sekolah menggunakan pas keluar yang aku pegang..
  • tangkap ikan kat dalam kolam bawah tangga block makmal kimia dan bawak balik bela "tapi selalunya ikan 2 tak sampai 2 hari pastu dia mati maybe tak berkat kot"
  • Time tingkatan dua selalu tipu pegi kelas Bahasa Arab padahal pegi CC... Agak keji aku time 2..
SUBJEK KEGEMARAN ANDA - KENAPA...
  • kalu tak silap aku suka subjek AGAMA ISLAM.. sebab aku suka ngan Ustazah Che NorAini... ustazah ni ajar aku dari tingkatan satu sampi tingkatan 5.... lantas aku mula yakin yang ustazah ni mengekori ku..hahahahahaha.... Selain tu aku rasa seperti dirahmati ketika belajar subjek ni...
3 SUBJEK YANG ANDA TAK SUKA - KENAPA...
  • MATEMATIK TAMBAHAN - Subjek ni susah gila time tu.. tapi skarang bila difikir balik takde la susah sangat..
  • SEJARAH - walaupun aku mendapat A untuk subjek ni tapi aku tak suka subjek ni... agak membosankan ... tambahan pula chikgu yang mengajarnya amatlah serius... ayat lazim chikgu sejarah aku adelah "Budak Kelas Sains Pun Bising Ke"
  • KIMIA - buku rujukan yang aku beli untuk subjek ni kelihatan sangat suci seolah-olah tidak pernah dibuka..
APA YANG MENARIK PADA KAMU..
  • serius i cakap i tak suka soalan mcm ni... sebab i takut orang kata i nie riak...tapik sebab orang tanye i jawap la jugak.. i have good looking and nice abs..actually i also hv nice butt and big-big world !!! ...emmmm maybe gorgeous smile also...hahahahaha
KAMU PALING SUKA..
  • paling suka kalu dapat jumpa mak ngan apak... sejak dah dewasa ni asyik nak balik je rasanya...tak dapat dengar suara mak 2 hari dah rasa macam nak homesick..waaaa
  • paling suka jugak kalu dapat duit....boleh la beli ape yang patut...
  • paling suka jugak kalu dapat tengok movie... boleh tengok movie sampai sakit-sakit pinggang sebab tak kalih-kalih tempat.
  • paling suka jugak kalu dapat tido... biasa la i ni kan cute mcm panda so kena la banyak tido mcm panda jugak..
ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA...
  • kompom la tak bleh idup kalu takde oxigen...
  • Duit... kalu takde duit rasa miskin je...
  • Maybe tak blh hidup tanpa kasih sayang..kalu hidup pun mesT dah gila skit2...
SETIAP MALAM SEBELUM TIDO SIAPAKAH YANG ANDA HUBUNGI..
  • Ya ALLAH....sebelum tido kompom la semayang Isyak... selain tu xde gamaknye... maklumla aku ni kan insan yang suci....
  • Kalu ade orang call pun buat-buat silent je...x kira kalu orang 2 kata SUNSHINE DAH TIDO KE..
Tu yang malas nak jawap soalan ni melampau-lampau panjang pOst nye...mentang-mentang la aku ni seorang penulis berbakat yang kacak......

sekian terima kasih....semoga cik EYANA AMIR berpuas hati dengan ulasan yang panjang lebar nie...tapik sebelum tu nak mintak maap jugak la sebab tak dapat nak jwp tag yg sebelum ni...bukan sebab i sibuk shooting tp aku malu nak tunjuk gambo aku time kat PENTAS PERAGAAN FASHION WEEK MILAN 2008...hahahahaha

Sunday, March 15, 2009

kUiz D!tEngAh PaNaS.........


malam ku bermimpi... aku dah abis belajar tapi tak dapat-dapat kerja setelah penat mencari.... aku menagis kat bucu dinding seperti orang yang telah diperkosa (dalam mimpi yek).... pastu aku terjaga lantaran membuat satu keputusan drastik untuk menerima tawaran menjadi MODEL..hahahahaha

back 2 our main topic...

semalam jugak 14-03-2009 bersamaan hari sabtu, aku ngan kengkawan atau lebih dikenali sebagai kumpulan merak kayangan telah membuat lawatan ke EMPANGAN SEMBRONG...

kita orang sampi kat empangan tu lebih kurang pukul 09:00 pagi dengan menaiki 2 buah bas UTHM yang nampak begitu tradisional skali... sampi je kat situ kita orang diberi makan nasi lemak yang tak berapa nak lemak dan diimpit seperti ketupat...

abis je sarapan dan menunggu kedatangan penceramah jemputan yang akan menceritakan pasal empangan tu aku dengan penuh bangganya menunjukkan kebolehan dan ke photogernikkan aku dilensa camera.... sugguh bergaya dan kacak sekali.... lihat lah sendiri.

sesungguhnya taklimat daripada pihak lembaga sangat membosankan tetapi tetap berguna... penceramah itu juga kelihatan agak terketar-ketar seperti ajis..mungkin dia nervous melihat kekacakan aku..hahahahaha..
akan tetapi kemuncak lawatan pada hari tu adalah menaiki boat... menaiki boat mengelilingi empangan... oleh kerana aku berada didalam kumpulan yang terawal makanya aku dan ahli kumpulan terpaksa meniup boat angin..terkeluar jugak la body-body dan muscle-muscle aku yang mantap ni..


(lawatan mengejut DATO DR IR ISMAIL SALLEH pusat tadahan air sembrong)

Setelah berpusing-pusing di sekeliling empangan dan mendengar kisah-kisah dongeng dan mistik dari pemandu boat merangkap pemandu pelancong we all semua dinaikkan semula ke daratan..waa malas betoi nak naik sebab tau kena buat kuiz...

sesungguhnya egauan ngeri tu menjadi kenyataan takkala En Bahar selaku Chekgu hidraulik memberi soalan yang agak susah dan terpaksa merempat-rempat menjawap soalan. Dibawah panas terik tu la we all semua menjawap soalan kuiz.. berpeluh-peluh aku menjawap soalan yang diberi.. eh actually menyalin jawapan..hahahahahaha




selapas je siap menjawap soalan we all sekali lagi menjamah makanan didalam polistrin yang bermilamen... macam akan keli kelaparan kita orang time tu... abis je makan aku ngan kumpulan merak kayangan yang lain berangkat pulang dengan pengalaman first time menaiki boat..

-IM NOT SEMBRONG VIRGIN-