Sunday, March 1, 2009

LaWaTaN sAmBiL bElaJaR Ke KuALa LumPuR....

Semalam 28-02-2009 aku dengan rasa separuh mengantuknya menjoint lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.... Lawatan yang dianjurkan oleh persatuan bervokal mantap setelah berlakunya perebutan lawatan antara home stay ngan menonton teater...

Pukul 08:25 sampi bilik Bee.... dia baru je siap mandi n mengenakan splassh dibadan... tunggu dengan separuh merungut didalam hati..tak boleh nak luahkan sebab takut kena halau.. pastu pergi menuju ke dataran anggerik tunggu lebih kurang sejam kat dataran yang dianggerikkan itu baru bas datang dan bertolak ke Kuala Lumpur..merungut sekali lagi didalam hati kata pukul 9:00 ni dah pukul 10:00 baru sampi, cakap mcm tutttt...

sampi kat KLpac lebih kurang jam 13:30... waa pakcik ni bawak memang laju.. kelajuan beliau telah memotong beberapa ekor pelesit... Sampi je kat kawasan tu puji skit-skit didalam hati lagi "cantik tempat ni"..selain KLpac kat situ gak ade beberapa taman dan tempat membiak ikai KOi JAPuN. lantaran aku mengetest camera baru n menangkap gambo...



Selapas je selasai aku meng-upload gambo ni baru aku perasan tempat tu akan bertambah serinya apabila gambarku ade didalamnya... ternyata fakta tersebut memang tidak dapat disangkal lagi "aku nie seorang yang kacak"....


apekah reaksi orlando Bloom apabila melihat kekacakan aku mengatasi beliau

setelah bosan berpusing-pusing tanpa arah kat KLpac tu aku, bee dan kengkawan lain merasakan kelaparan pada tahap yang begitu max skali... perut yang ber-six pack ni mintak untuk diisi... nak makan kat situ nampak mahal dan tak berapa halal sebab air sirap n arak dijual skali... so terpaksa la menapak kaluar mencari makanan sebab pak cik driver telah menterhilangkan diri beliau....

setelah hampir 4 jam menunggu dan bontot ni sudah berakar tunjang baru we all start tengok Teater... Tajuk teater tu tak berapa nak ingat tapik kalu tak silap tajuk dia "the life of teater" dan jalan cerita dia tak berape nak best... lantas mulut mintak didosakan nie cakap ngan bee, patin dan hana "macam membazir je tengok chite 2, abis 15 inggit aku"... dia orang stuju dan terus sama-sama mengumpat/mengkritik teater yang hanya berpelakonkan 2 orang dan berbekalkan meja sekolah reput....


selepas je abis menonton Robert dan John belakon dan mencarut.. kita orang atau dalam bahasa penjajahnya we all pun bertolak la untuk mengengok lagi satu teater kat Bangunan Sultan Abdul Samad.. atau dengan labih tepatnya lagi Menonton teater berjudul Kuala Lumpur Peluang - Impian dan Harapan di panggung Bandaraya Jalan Raja Laut...

Dengan berbekalkan otak yang sedikit pening dan bertapewarekan keletihan aku, bee dan kengkawan lain pun melangkah masuk kedalam panggung teater tersebut.. tapik we all smayang maghrib dan jamak dulu kat masjid jamek yang telah berusia 101 tahun... (bagi memastikan we all tidak dipandang keji oleh masyarakat)

Mula-mula berpakat ngan Bee nak melarikan diri.. Sebab takut malang menimpa buat kali ke 2 sebab menonton teater yang membosankan kerana cherita yang sampah tidak akan berbau sampah... akan tetapi hajat jahat dihati dimatikan takkala menonton teater KUALA LUMPUR.... tak kering bibir dibuatnya.. penuh dengan kelakar dan sms berguna..


3 kisah yang berlaku dalam satu masa yang panjang....

lakonan 3 jantan yang berlagak sutun nie memang lucu perabis.... rasa macam nak pecah je korongkong gelak.... nasib baik la suara i nie tetap seksi dan menjadi kecemburuan Ronan Keating..hahahaha... dia kisah pasal diaorang nak pg KL untuk mencuba nasib seperti Jah Mahadi (sutun yang berambut alfro)



tak sampat nak bertaubat sebab gelak terlalu banyak menengok Jah Mahadi and deGeng berteater tetiba je lampu terpadam dan tukar chite pasal 2 oarang remaja lepasan University yang tak dapat-dapat nak mencari kerja... dia orang belakon tak lucu sangat tapik masih mampu memecahkan pangkal rahim..



memandangkan kawan aku telah menalipon dan menteringatkan aku pasal assgmnt yang masih banyak aku terpaksa menaip kisah yang ketiga ini dengan ayat yang sedikit.. kisahnya adalah pasal orang-orang yang menceritakan macam mane kehidupan dia orang kat Kuala Lumpur setelah merantau dari kampung...

aku memberi 15 bintang daripada 10 bintang untuk teater ni sebab berjaya membuat aku terhibur dan melupakan sakit kepala yang aku tenggung...manakala teater berbayar aku bagi 0.9 bintang...... sesungguhnya yang percuma itu memang seronok..

kita orang balik ke UTHM dalam pukul 24:00 dan tersampai pada pukul 02:30.... pakcik memang hardcore.........



P/S
1) mcm nak buat assgmnt esok je sebab tetiba pinging semalam datang balik..hahahahahahaha lagipun dah pukul 01:00 pagi ni...
2) aku juga mahu menjadi seperti TARZAN.......
(hanya aku kang bee mizi dan fahmi tahu kenape)

No comments: