Tuesday, August 4, 2009

kiLaNg BeRbAu jAgUnG rUpEnyE......

akibat kerakusan babi aku membimbangkan diri...tidak rela diri ini diperlakukan begitu kejam,aku menggagahkan diri yang sediakala gagah ini untuk ke Pusat Kesihatan Universiti PKU untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana bimbang dinodai H1N1 pada Isnin yang telah berlalu....
.........................................
ya aku telah menghidap demam dan batuk sejak hari sabtu lagi....kesakitan yang aku tanggung meranapkan harapan dan cita-cita ku yang menjulang untuk ke PC FAIR...
.....................................
deras-derus dan kata-kata berbaur fitnah mengatakan aku maybe terkana H1N1 menyebabkan aku cuak dalam diam...lantas aku bertekat untuk membuat pemeriksaan dan pasrah dengan ketentuan ilahi...


aku tahu gambar aku ini nampak begitu sexy sekali..tetapi bukan itu yang ingin aku ceritakan... ape yang ingin aku perkatakan adelah peristiwa di pagi isnin yang henging itu....

peristiwa aku bertemu encik doktor.... awal pagi lagi aku telah bangun untuk ke PKU...bimbang takut tak sempat dan termati ditengah jalan.. dengan penuh keikhlasan dan ketulusan aku menceritakan segara penderitaan yang aku tanggung..tiada sebutir pun yang aku simpan..aku luahkan semuanye kepada enchik doktor..

dan dia sesungguhnye doktor yang budiman...diperiksa dan didengarnye segala keluhan diri ini.. selapas segalanya berlalu,lantas dia menjawap:

"adik,saya dapati adik mengalami demam dan batuk biasa.. ini mungkin kerana asap daripada kilang berhampiran.. dan saya tidak suspek adik menghidap H1N1"

aku pun menjawap kembali kata-kata beliau "ooooo kilang yang berbau jagung tue yek". dan didalam hati terasa diri ini muda dipanggil adik.."

"ye...nanT saya bagi ubat demam,batuk,antibiotik dan ubat kumur..sebab tekak adik dah bengkak nie.. pastu elakkan dari pergi ke tempat yang sesak"...

dan dengan macho skali aku menjawap "YERR"

lantas aku berlalu dengan perasaan bersyukur..fuh nasib baik bukan babi punye pasal tapi kilang punye pasal..

No comments: