Tuesday, March 23, 2010

beKok.....BeRmaNdIaN di AiR YanG KeroH...


nie kalau tak silap nie dah dekat bepurnama dah berlaku peristiwa nie..kira kalau siti nurhaliza mengandung pun skarang nie anak dia dah dekat nak masuk darjah satu dah nie... akan tetapi atas dasar bosan dan atas dasar tidak mahu blog ini dipandang bersawang dan berular jannatul akbar makanye aku cuba mencoretkan sedikit kata-kata yang kadangkala ayat dan jalan penceritaannye lebih membosankan dan lebih menyampah dari cerita karangan prof a razak mohaideen..

oh..ohh..hoo lupakan seketika cerita kenapa siti tak beranak lagi...lupakan juga cerita yang kononnye digarap enak oleh en razak berdasarkan kepada permintaan dan kehendak penonton.... dasar dua hati satu jiwa sungguh... wahai abang budiman haruskah kamu ditumbuk laju-laju agar berhenti merapek...



pada tanggal 7-MARCH yang kian berlalu pergi....We all,seorang insan tampan bersama dua orang jejaka biasa bersama seorang wanita suci ?? pergi bersantai-santai sambil berlari-lari anak ala-ala syarifah aini di videoclip 'seiring jalan' ke HUTAN LIPUR SUNGAI BANTANG BEKOK... dengan berbekalkan kepada azam dan cita-cita nak mendapatkan maklumat berkaitan EMPANGAN BEKOK untuk tujuan pembelajaran hidrologi.... huhuhu penarangan yang agak saintifik..



mungkin akibat daripada pengambilan pil ginkgo yang menyambungkan semula sel-sel otak yang terputus menyebabkan aku bisa menulis begitu banyak ayat yang tidak membawa sebarang erti lantas tidak mampu menyusuk terus ke pangkal hati pembaca apatah lagi menyusuk terus ke pangkal rahim .... telah aku katakan tadi..ia bukan salahku tetapi salah ginkgo sebaliknye...hahahahhah



kembali semula kepada penceritaan berkaitan perkelahan sambil belajar ke BEKOK tadi... perjalanan yang memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan dari UTHM sedikit tidak menyebabkan aku tertidor..hal ini bukan kerana aku terpesona melihat persekitaran disepanjang perjalanan...akan tetapi kerana aku terpaksa menjadi pemandu ketika itu... jika aku yang tidur ketika itu mungkin sekarang hantu raya aku yang sedang menggarap cerita yang merapek ini.... aku masih menyalahkan ginkgo

hati mane tidak sakit... jiwa mana tidak merana apabila melihat meraka-meraka terutamanya fahmie tidur ibarat dipeluk syaitan agar tidak bagun dari solat subuh ketika itu.... akan tetapi selaku insan yang sentiasa bertoleransi dan pasrah aku mengerti...semalam fahmi telah kehabisan air....lantas beliau begitu penat sekali.... aku faham fahmie ...aku faham..hahaha



kiranya hati seakan girang takkala terdengarkan alunan air menghentam batuan....tetapi sedikit kehampaan menerkam jiwa apabila terlihatkan color air tidak begitu jernih...tidak begitu suci...tidak begitu virgin.... ya mungkin kerana musim kemarau..mungkin kerana dunia sedang mogok...mogok dengan sikap dan perbuatan tangan manusia..lantas menjadi panas lantas menjadi kering.....salahkan gingko lagi..tetapi mandi tetap mandi...enjoy tetap enjoy...



merujuk kembali kepada kata-kata diatas "dengan berbekalkan kepada azam dan cita-cita" aku ingin menarik kembali kata-kata dusta itu...tetapi ingin digantikan dengan dengan berbekalkan kepada nurget,karipap dan hot dog masakan mak jiha kita orang makan dengan begitu kelaparan sekali...kiranye jika halikopter peronda PBB terlihatkan tindak-tanduk dan tingkah laku we all ketika itu, tidak mustahil yang angelina jolie selaku duta keamanan PBB turun menbawa makanan seterusnya mengambil aku sebagai anak ikan beliau....sungguh susah menjadi tampan rupanye...hahahaha

memandangkan perutpun sudah separa kenyang...badanpun pun dah puas mandi...jiwa pun dah bahagia....kita orang pulang...pulang dengan kembali kepada tujuan sebenar...pulang mencari maklumat di EMPANGAN BEKOK....

ibarat kata pepatah : sambil menyelam minum air..air bekok air teh susu....

No comments: