Thursday, April 15, 2010

CeRiTa OlD sChOOl....

14 JANUARI 2005 hingga 17 DISEMBER 2007

DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, TANJUNG MALIM


Dengan menggunakan ayat-ayat biasa yang aku baca dari laman sesawang yang lain.... "sedang aku membelik-belik koleksi gambar di dalam notebook ini"... aku rasa terpanggil untuk berkongsi detik dan moment bersama pembaca.... suka duka yang ku tempoh sekitar tahun 2005-2007 di Politeknik Sultan Azlan Shah.... the story was begin with "once upon time ago"....

SUNGAI BILL - TANJUNG MALIM



semester satu time nie, blh kata 90% budak kelas yang terdiri daripada jejaka-jejaka yang terdapat seoarang yang paling tampan diantaranya pergi ke Sungai Bill dengan menaiki bas Mogah......hasil daripada perbincangan yang dilakukan di bilik kimi 112 yang panas tidak berkipas pada ketika itu..



Kira disinilah bermulanya keakraban dan nilai seorang sahabat diperjuangkan....merupakan satu detik dimana bermulanya hubungan mesra, tepuk tampar, gurau senda dan adegan-adegan cium mulut berlaku..eewwww
cium mulut tu tipu---->diantara dia orang ada yang bermulut tentera habrahah,i tak relaaa...

~MODEL MASJID EN NAHAR~
a.k.a en tali pinggang di pusat


Tiada ape nak diceritakan dengan projek masjid nie...sekadar ingin memaparkan wajah-wajah baby face....sesekali jika dilihat kepada my face structure ia tak tumpah dan sangat persis seperti ashton kutcher pada ketika itu..sungguh kacak sungguh rupawan..hahahaaha




~BBQ RUMAH PUAN MASITAH~



Biler dikenang-kenangkan balik, ape yang berlaku di malam BBQ kat rumah Pn Masitah rase nak gelak guling-guling mcm tenggiling pun ade.... malam yang pada mulanye penuh dengan gelak tawa berbau kambing salai bertukar menjadi majlis air mata...majlis luahan hati dan dedikasi... tapi yang nangis mcm gadis-gadis pada malam tu hanyalah gadis... sungguh wanita pandai menjiwai watak.. ade diantara meraka duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah dengan noorkhiriah pada ketika itu... air mata yang kelihatan begitu tulen sekali...merah hidung,merah mata,merah muka dan merah dibeberapa bahagian lain yang patut merah...

"tak pasti samada ajis tahan air mate atau dia berada dikondusi nerves time tu..sebab suara beliau agak terketar-ketar pada ketika meluahkan rasa maaf dan ucapan selamat berpraktikal"

~BBQ RUMAH KUNING~



Malam-malam terakhir sebelum penutupan temasya semester 5 kita orang buat BBQ kat rumah kuning... kira nie la rumah paling sesuai nak buat BBQ bagi menampung kebanjiran kita orang seramai 28 orang jika dibandingkan dengan rumah sewa aku "rumah putih' yang selayakknya dijadikan tempat pengambaran video clip jaclyn victor-wajah...

Dimalam ini jugak aku dapat menikmati behoon masin...sungguh enak dimakan secara beramai-ramai... dan misteri asma menangis juga terjawap..huhuu

~KENDURI KAWEN~

Menjadi satu kebiasaan, satu tabiat dan satu habitat, seandainya ade diantara we all yang akak atau abang atau ahli keluarga dan sanak saudara yang lain membuat kerja kawen kamilah antara jemputan VIP yang wajip hadir... kerna tanpa kehadiran kami semua, majlis kerja kawen itu ibarat menunggu bulan jatuh ke riba...atau paling tidak pun seperti burung pulang kesarang hendaknya suasana majlis tersebut...mcm xde kene mengene.

~KOLEKSI-KOLEKSI OPEN HOUSE UNTUK RAYA~

Setiap kali lebaran menjelma kita orang akan beramai-ramai menjayakan dan menyemarakkan perayaan tersebut.... tidak kiralah insan tersebut puasa penuh atau puasa tak penuh... atas objective untuk merapatkan silaturrahim dan makan free.... hanye setahun sekali sepanjang 3 tahun pengajian.

~OPEN HOUSE RUMAH KEDAI~

Penghuni umah kedai (yat,sya@musa,jas dan seorang penghuni yang aku tidak ingat namanya,akan tetapi aku ingat beliau memakai tudung ala-ala artis baru keluar mahkamah time open house hari tue) bertungkus lumus menyediakan juadah open house untuk we all melantak... dan sepanjang 3 tahun open house dipoli ini kali petama susana open house raya aku rasakan hidup.... terima kasih diucapkan kepada s.jibeng,rafeah buang, sani sahuri dan artis lain kerana mendendangkan lagu raya dimalam tersebut....

~OPEN HOUSE PN HAZIAN~



Ujian lebat time tu... matahari lansung tak nampak sebab hari sudah malam.. nasib baik perut time tu ade petak sawah lagi...jadik terliur jugakla mata si gadis-gadis melihat susuk tubuh aku didalam kebasahan.... cuba bayangkan kalu baju melayu buat paki kain sifon(kain yang macam day curtain) mesti orang ingat aku pakai seluar inner,walhai ia merupakan bulu badan bawah pusat ke bawah yang tumbuh dengan suburnya sejak kebelakangan ini~~ape yang cuba aku sampaikan n ape yang telah aku rapekkan untuk open house pn hazian aku sendiri tak pasti..

~OPEN HOUSE PN MASITAH~


Bagi aku beliau merupakan lecturer yang status bestnye aku samakan dengan cik nadia sebanyak 5 bintang.... bukan sebab mereka menangis didalam kelas..tapik sebab cara mereka mengajar sungguh kool & sungguh faham.. sesungguhnya hati dia orang mungkin lebih suci dari hati penjaga bintang~sailormoon.

Dan atas dasar sayang dan suka terhadap beliau.. meskipun pn masitah dah pindah keje kat putrajaya kita orang datang jugak.....datang untuk merayakan sambutan aidilfitri bersama beliau.... sambil makan-makan tu blhlah jugak bermain golf kat laman dia...



Selain darik rumah-rumah lecturer we all ade jugak buat lawatan open house ke rumah sahabat handai seperti Rumah Aku,Rumah Anip.Rumah Jas, Rumah Bee dan rumah-rumah rakan taulan lain.... kalu tak semua separuh yang pegi...kalu tak separuh suku atau mengikut jantina dan saiz...huhuhuh

Dengan menggunakan sekali lagi perkataan selain.... Selain dari itu Pn Azween pun ade buat open house.... En Hisham pun ade buat open house dan seorang Pn yang aku terlupa namanya...akan tetapi cantik paras rupa dan budi pekertinya jugak buat open house.... sesungguhnya janganlah puan murka akan aku kerana menterlupakan nama beliau... telah aku bertanya kepada shila,telah aku khabarkan kepada bee dan telah aku soalkan kepada Yat siapakah name puan...tetapi mereka turut terlupa.. tapik kita orang tahu puan suke karipap mira dan kita orang jugak tahu yang puan masih menunggu taperware puan....

~PEMBENTANGAN PROJECT AKHIR DIPLOMA~


I would like to thanks very-very much 2 En Hisham as our final project supervisor... thank for his support and more important thing his money.....the another group alway jeles about that...

Berbekalkan kepada tema sehijau buluh perindu aku ngan Yat paki baju kale hijau n semestinya kasut bewarna tanah...bertungkus lumus menerangkan, berkaitan projek akhir kita orang "rainwater harvesting system" kepada Puan Suhaila, Cik Jeeve yang lurus rambutnya ketika itu & seorang lecturer lelaki baru yang dikatakan kacak dari pandangan mata Yat...

~JAMUAN MAKAN PERPISAHAN OLEH PN NURHAYATI & PN FAUZIAH~

Mungkin ade sahihnya kata orang tua akan terpancar kemuliaan budi dan akhlak terpuji tika mendampingi dan mendekati insan soleh yang budiman...mungkin kerana aku berada pada batch 2005-2007 ramai lecturer yang terdiri daripada gadis-gadis yang pernah hamil menyenangi we all...

Dan diberkemungkinankan atas perkara yang disebutkan diatas... Pn Norhayati membuat satu majlis makan-makan nasi minyak dirumah beliau... manakala Pn Fauziah membuat jamuan makan-makan nasi ayam di cafe poli,,,, sungguh murni dan ikhlas hati dia orang.. terharu
~gambar Pn Norhayati dalam kaca almari kat uamh dia nampak lain... macam pelakon awal 80 an~

~LAST DAY KAT JABATAN~


Sesi bergambar buat kali terakhir dihari terakhir we all berada di Fakulti Jabatan Kejuruteraan Awam.. Bersama kita orang adelah Pn Ronina Sainira..seorang pensyarah yang pada aku amat tinggi santun dan adabnya....sungguh aku tidak lupakan cara kholah-klohah ditekankan didalam penyebutan ayat LOG 10 matematik beliau..

~NIGHT DINNER~

Malam terakhir sebelum semua berangkat pulang... satu jamuan makan malam diakan disebuah restaurant yang dianggap paling grand di tanjung malim bandar koboi ketika itu..



Berdasarkan beberapa kretiria, Mira seakan-akan paling layak manjawat jawatan AJK makanan pada malam tersebut.... sesungguhnya perlantikan mira memang merupakan satu langkah yang wajar dan bijak... pemilihan menu makanan dan desert yang dipilih oleh pakar pemakanan kami pada malam itu amat menepati cita rasa dan kehendak pelahap...... sungguh enjoy dan sungguh kenyang....


~HOT SPRING SUNGAI KELAH~

Lepas malamnya perut kenyang makan jamuan perpisahan... pagi itu toilet rumah putih seakan berbau siakap tiga rasa....


(aku tidak pasti sama ade anip geram/berahi atau jeles melihat hak milik kekal kepunyaan ku itu..hahahahha)
selain proses penyembuhan kurap n kayap yang dilakukan di kolam air panas,ade gak aktiviti salingan makan epal ijau n minun coke laju-laju

Sebelum terlupa,sebelum terlewat... ingin sekali aku memantionkan bahawa puan suhaila...selaku PA kita orang semua mengambil kesempatan yang ade untuk mengadakan sambutan hari jadi untuk permata emas belian beliau yang pertama pada time itu... berbekalkan kepada kek powerpuff girl yang saiznya besar sedikit dari telur mata kerbau dipotong sebagai simbolik sambutan hari jadi tersebut....ia kemudiannya diagihkan sama banyak sama kecik kepada 34 orang termasuk anak, laki beserta sanak saudara beliau dan keluarga tengku syarah bariah..



Sebarang kesalahan tutur kata, perbuatan dan tingkah laku... yang menyinggung perasaan dan sanubari kalian amatlah saya pohon maaf.... diharap persahabatan yang terjalin akan berkekalan sekurang-kurangnye sehingga aku kejinjang pelamin... kerana aku inginkan hadiah peti ais,Tv, Hi5 dan perkakasan perkakasan rumah sebagai hadiah dari kalian semua nanT..hahhaha...
(sekadar gurauan yang pada dasarnya memiliki maksud tersirat)

3 comments:

yats_1605 said...

hahahaha
adoiyai...
pecah perut ak bce rentetan ksh old school ni..
pape pn terbaek la :)
~wlpn byk typing error~
he~~~

d'cyla touch baby said...

mail n all guys...
relly aprciate wth ur blog mael...
nstlgia was come back in mmry...
miss the time we 2gther:-))
miss uolzz!!
to mael, vry sepulohronok:-))
proud wth ur advntge!!
gudluck n tq 4 the nice blog ever:-))

Papa Hero said...

cool la kau...cool...blog ni best.....jadila follower saya http://kakimotong.blogspot.com/ thx