Tuesday, February 22, 2011

ReUniOn Ke 2 - BukIt TiNgGi.....


Nie cerita lama.. cerita orang dulu-dulu...

Orang Tua Sering Berkata, Tak Kenal Maka Tak Cinta, Dari Mata Turun Ke Hati

ahli jawatankuasa senat aktiviti
reUnion 2011 (04-05 FEB 2011) :
Dari Kiri Atas: Zul, Shahir, Jejaka Budiman, Kucai, Sham, Mizi (playboy).
Dari Kiri Hadapan: Ain Nahar, Suhaila(Ella), Maizah(Mai), Shima, Ain Omar, Angah, Roslan, Afif (Faizal)...


Cerita ini bermula disuatu pagi yang ceria.. ketika burung-burung berkicauan, ada yang bekerja ada yang bergembira...

S
etelah hampir 2 bulan membuat perbincangan akhirnya reunion ke Bukit Tinggi berjaya dilakukan.. Kita tolak tepi isu masyarakat yang bercakap lebih didalam FB tetapi akhirnya tidak dapat pergi dengan alasan pening untuk mendaki, walhal mendaki gunung lain kelihatan cemerlang dan jaya... Kita tolak tepi juga isu angah menjadi drakula akibat stress dan isu angah menjerit pada pitching yang tinggi dan lansing takkala mencanang dan merancang pengembaraan penuh kesejukan ini..


M
enurut perjanjian asalnya we all (aku,suhaila,shima dan ain) akan bertolak seawal 11 pagi 03-02-2011 dari Teluk Intan... tetapi ia hanya ibarat
perjanjian syaitan lakonan mantap azean irdawaty apabila pada jam 12:40 baru mereka berkunjung tiba, sebab!! shima sibuk bersogek dan menggayakan gelang devdasnya....

Motip datang awal sehari darik tarikh sebenar reunion 4-5 ari tu sebab nak beli bekalan dan membuat adunan penuh kasih sayang terhadap BBQ.... Nak harapkan masyarakat Kuala Lumpur hemmmm (angah)..... Mujurlah ade aku ella ngan ain ,we all memberi persembahan terbaik dan resipi turun temurun nenak moyang kepada perapan itu... Mujur juga ada lan dan pasangan ehh silap lan dan housemate beliau- zul membantu memotong ape yang patut... Mujur juga shima berpura-pura memasak narget kerna jika ia masuk campur rosak resipi tersebut... dan mujur juga sham tidak membantu lansung jika tidak Resepi yang diberi nama Perapan BBQ Merak Kayangan bertukar menjadi Perapan BBQ Merak Kayangan Berbulu malam itu..

Esoknya.............
Setelah hampir 40 minit menunggu di hentian janda baik, akhirnya angah tiba juga.. angah yang kononnya gah dengan kata-katanya "korang esok kalau lambat aku sepak bontot " tiba dengan wajah yang bahagia bersama kanda a.k.a mizi beliau beserta rombongan-rombongan lain yang memungkiri janji..kita doakan sahaja mereka masuk syurga nanT. lansungnya kita orang sampai ke Bukit Tinggi sekitar jam 11:00 am...



Sambil menunggu pelancong lain check out we all semua menikmati dahulu hidangan nasi dagang ehh bukan nasi lemak ehh bukan jugak nasik putih melekit yang dikhabarkan oleh angah sungguh enak seperti dimasak oleh chef wan dan dibantu oleh jamie oliver lagaknye.. Namun dek kerna lapar dan menjaga saiz pinggang yang 28 inci nie i sumbatkan lah jugak nasik tu..tapik share ngan suhaila you..auuuu



& setelah selesai menikmati nasik yang mengelirukan itu, we all mengisi masa terluang dengan membuang masa dan keringat ke Janda baik yang mana motif dan tujuan asal ke situ tidak begitu pasti dan keliru sama seperti nasik dagang keliru tadi...



Meskipun sudah pulang dan mentari pun sudah tergelincir ke barat aku masih memikirkan apakah motif sebenar ke janda baik tadik, Namun segala teka teki yang menjengah ke kotak fikiran insan genius nie hilang kerna leka dengan mainan di petang itu... Bertemankan kawan baru dan kawan lama, aku dan mereka bergelak ketawa dan bergembira meskipun ia hanya satu permainan biasa... sungguh bahagia sungguh romantis pada ketika itu... (ape yg engkau merapik nie, kata otak genius)...



The climax of reunion begins at night when the moon was shinning brightly, when the stock go to sleep and the owl take the shift, yakni BBQ and karaoke.. Hantu Shuhaimi Baba pun geleng kepala melihat we all dimalam kemuncak itu, Melantak ibarat membela hantu raya dan terkinje-kinje ibarat insan hilang pedoman... Astagfirullah Halazim, namun aktiviti penambah dosa itu berakhir sekitar jam 12:30 am...



You Have To Leave Behind, What You Care About To Find What You Love,
Don't Be Afraid To Live Your Life

Bagi yang muda jelita seperti aku,kucai,maizah,ain,shima,angah dan ella meneruskan aktiviti malam dengan menjadi kupu-kupu malam yang membincangkan perihal kawan lama, jodoh, jiwa, percintaan dan isu aku suka kamu tetapi kamu tak suka aku sambil bertemankankan gelak tawa dan sedikit air mata sehingga terbitnya fajar sidiq... manakala bagi yang sudah lanjut usia tetapi masih ingin mengekalkan keremajaan wajah agar tegang macam wajah anita serawak, sudah enak dibuai mimpi basah dimalam yang mencengkam itu...

-Better You Know Your Friend/Partner Or You Will Get Burned-




Ohh actually, we all sewa 5 buah dangau/jambo time kat bukit tinggi tu.. 2 untuk gegirls dan 3 untuk boboy... and actually, aku sedangau/sejambo ngan shahir.. katil queen lagi.. but as usual the tomorrow after today we repeated the same routine pretending like a happy friend again and like nothing happen... Serius nie nothing happen between us nie (sambil tangan menggentel-gentel bantal)!!!



Esoknya Lagi..
Dan paginya cukup dingin, sedingin embun dipagi hari raya Aidilfitri. itu. Sebelum sarapan Bihun kurang rasa, We all wake up dan membuat sedikit pendakian bagi menyaksikan keindahan mentari terbit memberi salam selamat pagi dari ufuk timur... Namun segalanya hampa dek kerna kepulan embun yang begitu tebal, ia diibaratkan seperti mengintai Roslan disebalik seorang maizah....



Sebelum berangkat pulang.. meninggalkan segala kenagan manis bersama teman yang begitu mesra dan memahami meskipun ada diantara mereka memiliki mulut berbau rojak murah..we all berjalan-jalan di taman di bukit tinggi.. menikmati setiap panorama dan keindahan ciptaan ilahi dan senibina indah cetusan manusia.... ia merupakan satu moment yang sukar untuk dilupakan jika tidak masakan angah memakai baju berkain jurai itu (ade kene mengene ka)




Sebagai pengakhir kata penutup bicara untuk entry gilang gemilang REUNION 2011 bersama insan budiman ISMAIL SALLEH kali ini.. i wanna say sorry to u all semua andaikata ada tesilap kata , terlanjur perbuatan... moga tiada yang disimpan didalam hati kerana hanya jarum yang patah sahaja disimpan didalam peti... Dan jutaan terima kasih kepada angah sebab bertungkus lumus mengkelolakan aktiviti ini.. tidak dilupakn juga kepada anda semua teman dan taulan..

PS: Ehhh tapik kenapa aku rase macam tertukar boxer je... adakah kerana malam yang dingin dibukit tinggi..

No comments: