Sunday, April 24, 2011

pEDoMaN & KEhidupan II - SeLaMaT MenDuduKi PepErikSaaN. . . .


Assalamualaikum
dan Salam muhibbah kepada kalian selakian....

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

lakukan yang terbaik dan bertawakal ke hadrat Ilahi serta cintailah aku seadanya (tetiba)....

Disini ade beberapa potong ayat Al-Quran yang pada pandangan ustaz kiranya berguna sebagai pedoman dan kedidupan kalian sempena menghadapi minggu-minggu peperiksaan & pedoman dihari muka:

SURAH AL ALAQ 1-5 -MUDAH MEMAHAMI ILMU

Ketika menuntut ilmu, sudah pasti anda menyalahkan sang semut yang renek menyebabkan anda menjadi bengap & bengong sehinggakan kalian terlupa yang sebenarnya kalian gemar menonton VCD lucah. makanya amalkan Surah Al-Alaq 1-5 kerana Memudahkan Memahami ilmu, Sesiapa yang membaca & mengamalkan surah ini, nescaya diberi oleh Allah ilmu penerang hati dan mudah mempelajari suatu ilmu.(tekan disini)

Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa yang mengaji surah Al-Alaq nescaya diberi dia daripada pahala seolah-olah membaca surah Mufasil sekeliannya" - tersebut didalam kitab Baidhawi

SURAH AL-INSYRAH 1-8 - MELAPANGKAN DADA

Ketika minggu-minggu peperiksaan ini juga anda sering berasa kurang bernafas...Dada terasa kosong dan pilu, terasa mahu balik kampung dan menagis dipangkuan bunda tercinta... mungkin dengan mengamalkan Surah Al-insyrah 1-8, segala masalah itu dapat dibendung kerana padanya ada khasiah melapangkan dada.. Barangsiapa yang mengamalkan & membaca surah Al-Insyirah nescaya dimudahkan Allah segala urusannya (tekan sini)

Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa yang mengamalkan surah Al-Insyrah padahal sempit dadanya nescaya akan dilapangkan Allah dadanya" - tersebut didalam kitab Baidhawi

SURAH THAHA 25-28 -MEMUDAHKAN DAPAT ILMU

Masyarakat sering berkata yang Ilmu itu pelita hidup, Yangmana ia bukanlah pelita yang dinyalakan dimalam hari, & apabila minyak sudah kering ia akan terpadam sendiri.... Tahukah kalian dengan membaca ayat-ayat 25-28 surah Thaha, setiap hari selepas solat subuh sebanyak 21 kali akan cergas otaknnya dan sempurna akalnya. Disamping ia memudahkan untuk mendapat ilmu(tekan sini)

Tapik jangan lupe ye adik-adik sekalian telepon mak bapak kat kampung halaman tercinta yang permai ditiup sang bayu lembut tu...Khabarkan kepada mereka yang anda ingin menduduki peperiksaan & mahukan restu & doa dari mereka...Sesungguhnya doa seorang Ibu itu tidak dihisap...Aku sure sedang korang sibuk menelaah pelajaran mereka terlonggang terbalik sujud menghadap ilahi mendoakan kejayaan untuk kalian....

RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL

No comments: