Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Al-Quran. ....

"Umpama orang mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah Utrujjah (seperti limau besar) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti buah tamar yang tiada bau dan rasanya manis. dan umpama orang munafik membaca Al-Quran Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik tidak membaca Al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit"
hadith riwayat Bukhari & Muslim

Assalamuaikum dan Salam Ramadhan kepada kalian... Kiranya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada rakan pembaca pembaci sekalian.... Kesibukan di ibu kota & hal-hal dunia menyebabkan blogger kesayangan ramai ini menyepi... Seperti juga anda saya turut merindui kalian sekalian...hahahaha



Dikesempatan 17 Ramadhan yang diberkati Allah ini saya mengambil kesempatan mentempiaskan rindu dendam dan mengucapkan SALAM NUZUL QURAN....Actually 17 Ramadhan pada tahun ke ke-41 iaitu 1400 tahun yang lampau Allah telah menurunkan Al-Quran kepada Muhammad SAW untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup kita ye adik-adik (tetiba)...

SALAM RAMADHAN
&
SALAM NUZUL-QURAN


Jadikanlah Al-Quran sebagai amalan harian dan pedoman kepada kehidupan didalam mencari jalan-jalan keredhaan Allah....

ps: lucu tak kalau aku cakap "Abang nak pegi mengaji dulu ye"


"Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca serta mengamalkan isi kandungannya,didahului dengan Surah Al-Baqarah & Surah Ali Imraan, keduanya akan berhujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya"
(hadith riwayat muslim)

No comments: