Aku sure yang semua kompom terkesima melihat kewaraqan & kekacakan insan diatas. . . kerana seriusli masa mula-mula gambar itu terupload aku turut merasai apa yang kalian rasa, terpena & terpesona. . . serius ai tak tipu . . .
This hari raya same like previous hari raya, meriah dengan suasana desa tercinta bersama mentari yang terik menyinar bertemankan kicauan burung & bunyi mergastua yang mendamaikan & dirahmati. . . Begitu juga dengan persiapan rayanye. . . Lemang, ketupat rendang enak tersedia, cumanya tahun ini dodol kembali. . . . Meskipun misil menghancurkan kawah dodol telah dilancarkan 2 tahun lepas namun dodol yang memenatkan itu kembali lagi.... Ekchelli aku tak kacau pn, saje je konon-konon nak kasi introduction nampak sedap & puitis... Malangnya ia masih kelihatan seperti karipap-karipap Erra Fazira. . . okeh kita cuba sekali lagi. . .
First of all i would like to wish "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin" Not forget jugak i wanna wish "Selamat Ulang Tahun Malaysia" followed by Salam 1 Malaysia. . . .
Mula asalnya nak meneruskan kesinambungan Nur Kasih The Movie sebagai tema hari raya tahun ini. . . Namun apabila memperlihatkan malang yang bertubi-tubi mengalahkan drama Natasya we all sebulat suara bersetuju untuk membawa awak ustaz amirul walaupn anon kata cerita itu macam simprus ayam. . . . Tapi apa yang pasti watak-watak berjubah ini menyerlahkan lagi cahaya keimanan yang ada diwajah-wajah we all. . . Memanco-manco cahayanya. . . Bahagia disitu ~ tetiba
Namun untuk keturunan Haji Salleh yang tidak berjubah dihari lebaran itu, tidak pula dianggap sebagai anak derhaka mahupun anak picisan. . . Kasih sayang daripada kedua ayah & bonda tetap sama. . . Kalau kurangpn mungkin sedikit akibat tidak mengikut tema yang telah ditetapkan. . . Ya mungkin sedikit. . .
Orang kata yang patah tumbuh, yang hilang berganti. . . Even Abang & Baim not celebrate hari raya with us, Anjang coming from Johor Baharu sebagai penganti. . . Makanye kemeriahnya Aidilfitri lebih menyusuk kalbu. . . Ada juga deras-derus mengatakan kepulangan anjang & keluaraga dihari raya pertama di rumah we all impak daripada iklan raya petronas - "Tangan Ini, Tangan Ini". . . Namun kesahihan serta kebenaran deras-derus yang berbaur fitnah itu hanya anjang sahaja yang tahu kerana hati nyamuk sama dicicah, hati anjang siapa yang tahu. . . .
Objectivenya tetap sama namun teknik & cara pengadaptasian sedikit berubah, mengikut peredaran masa & usia. . . Kalau dulu jiran-jiran nampak muka baby face nie berebut-rebut nak kasi duit raya, tapik sekarang semuanya sudah lain, alasannya ketiak dh berbulu & mampu pakai sependa jemana renoma. . . Tapik mujur juga ikut rombongan raya surau dapat jugak cari nafkah seringgit dua. . . Dapat la buat bekalan hidup dihari muka. . . Kesiannnnn ye budak nie. . .
Sebelum aku mengangkat kaki memohon untuk beredar, sekali lagi aku ucapkan:
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
sekiranya ada yang terguris perasaan & jiwa raga aku dengan rendah dirinya memohon kemaafan . . . Andainya ada yang termakan & terminum serta terambil aku pinta untuk dihalalkan. . . Aku doakan kalian dipanjangkan umur dan diberkati ilahi. . .Semoga kita ketemu lagi dilain waktu di syawal yang lain. . .
No comments:
Post a Comment