Friday, December 9, 2011

Air Papan, Mersing

Emmm cerita lama, baru nak kasi tahu. . . Tak up to date lansung. . .Dahlah tidak fashionable ~ Jika itu yang kalian rasa mmg sesungguhnya Lahar sangat. . .

PANTAI AIR PAPAN: : 26:10:2011 - 28:10:2011



Pagi itu bayu berpuput agak gemalai membawa hawa dingin yang menyegarkan. Seolah mengerti apa yang hati & perasaan ini rasa. . .Masakan tidak gembira, masakan tidak ceria hari ini we all akan ke PANTAI AIR PAPAN MERSING untuk bersuka-suka. . . 26:10:2011 - 28:10:2011. . . Perjalanan bermula sekitar jam 10:00 am pada pagi yang bayunya berpuput gemalai membawa hawa dingin yang menyegarkan. . .


Mungkin muka-muka kami datangnya dari eropah. . . Jika tidak masakan duit makan tengah hari mahal nak mampos. . . Actualli kami bermakan dahulu di pekan Mersing, sementara menunggu jam 2:00 petang untuk check in di chalet yg kami tempah. . . Sementara menunggu anak kerbau masuk ke pantai, melompat terkinja-kinja gembira ibarat ikan di lautan. . .



Kiranya ingin diceritakan disini pengalaman malam pertama kami di Air Papan malam itu memanglah sesuatu yang tidak dapat dilupakan. . . Seingat Kak Jemah la, suasana malam tu cukup romantik adanya sang bulan cumanya bersembunyi dibalik awan-awan dilangit, damai dan sungguh mendamaikan dan terasa ketegangan. . . .

Berbalik kepada issue tegang tadi, pada malam pertamanya kita orang di Pandai Air Papan Mersing adalah berBBQ. . . Ayam sebanyak 2 ekor dipertaruhkan pada malam itu, dibakar cantik setelah ianya diperam empuk dengan ramuan cincai-cincai & ia kemudiannya dimakan lahap seakan manusia membela hantu raya persisnya,Mujur ada Paran yang datangnya dari hutan tebal sarawak, jika tidak ayam BBQ yang kononnya diperap enak bertukar menjadi Ayam Pekasam akibat api BBQ tidak mahu hidup-hidup. . .


Setelah hampir kesemuanya sendawa berbau ayam namun sebilangannya tidak kerana mulut mereka busuk sedikit maka ia digelar sendawa ayam busuk sedikit kesan daripada kekenyangan yang teramat sangat, we all semua meneruskan aktiviti meniti waktu malam dengan berjalan dipersisiran Pantai Air Papan. Selain daripada bermain permainan-permainan tipikal minggu orentasi we all juga mempertaruhkan sebuah gitar tua & Afend sebagai penyanyi berpitching Siti Nurhaliza sebagai penghibur malam pada malam itu. . . Orang putih kata "Just a sweet moment before going to bed". . .


For the second day at Air Papan, pagi itu sekali lagi bermain dengan ombak rindu, takkala burung-burung keluar mencari makan & takkala burung-burung masih tegak membangun. . . Pagi itu jika digambarkan melalui kata-kata memang cukup indah. . . Desir ombaknya yang kuat memukul pantai sehingga membentuk jutaan buih-buih yang memutih, serta belatar belakangkan langit yang membiru beserta mentari yang terbit dari ufuk timur cukup mendamaikan. . . Satu pengalaman yang tidak pernah akan cuba dilupakan, sebelum menunggu waktu untuk sarapan. . . (poyo)


Kenyang makan roti cicah sadin telur we decide untuk main aktiviti pantai, kiranya mcm cherita bay watch (tetiba) seperti makan apel gantung, baling tin, isi air dalam botol sebelum terjun ke laut menjadi duyung yang berlarutan sehingga petang. . . Selain itu we all main juga timbus-timbus pasir & istana pasir. . .Namun faham-faham sahajalah Paran yang jejaka seusianya sudah berumah tangga namun tidak lagi bagi paran natijahnya pasir berbentuk bez-bez menjadi mangsa (see the picture below as the evidence)


Lupakan sahaja issue paran yang gersang itu, kita teruskan sahaja penceritaan dengan "apa yang berlaku pada malam kedua kami di Pantai Air Papan, Mersing" lagipun pepatah combodia ada menyebut "life with chapter by chapter". . . Mendebarkan bukan, namun sebelum itu bagi menurunkan paras debaran anda semua untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada malam kedua di air papan, molek kiranya aku mempertontonkan suatu yang gorjes. . . Kerana tidak dapat tidak ia mampu mengembalikan degupan jantung ada pada tahap yang mendamaikan sesaujana mata memandang. . . Bersedialah untuk suatu yang gorjes. . .



Emmm saya pun rasa mcm tu. .Sama mcm awak, dia Gojes sangat. . . .hahahahahah Gadis mana yang tidak basah biler tengok beliau yang diatas nie. .cuma maafkan sahaja issue betih bunting gajah itu. . .



"Life with chapter by chapter" jika semalamnya we all memBBQkan diri sehingga mulut berbau ayam & sesetengahnya berbau ayam busuk sedikit, hari kedua di Air Papan we all memStimBoat kan diri pula. . . . Berbekalkan kepada rice cooker baru ramuan yang dipotong kecil-kecil dimasukkan kedalam air berperisa Tom Yam. . . Rasanya sungguh marvelur kerana perencah Tomyam yang digunakan sungguh juicy. . . Rice Cooker baru?

Ya kami memasak steam boat didalam sebuah rice cooker baru, kerana rice cooker lama peninggalan kucai telah tidak lagi membuahkan jasa kerana penggunaan pada tahap maksimun untuk hari sebelumnya di Air Papan. . . Ialah tempat kami memasak telur, dia juga tempat kami memasak nasi,Ia juga tempat kami memasak sardin, Ialah tempat kami bergantung harap, Ialah ibu & ia juga adalah ayah. . . tetiba



Owhhh ibarat kata pujangga, suatu yang bermula pasti akan berakhir, pohon yang dibaja & dijaga baik juga akan mati, kerana setiap apa yang bergerak dengan waktu semuanya akan mati melainkan cinta. .hahahah tetiba sekali lagi. . . Begitula juga dengan pengembaraan kami di Pantai Air Papan, Mersing. . . Pagi ke tiga & terakhir hari tu, perkara pertama yang dilakukan bukanlah lagi bermain di manja bersama ombak rindu, sebalikkanya memerut membuang hasil. . . Takkala ketulan-ketulan itu jatuh, bau stimboat semalam memenuhi segenap zarah & ruang sempit dibilik itu. . . Seraya itu, ia mengimbau kembali kenangan manis aku & kami dimalam kedua kami di Air Papan Mersing. . . Penuh dengan gelak tawa & cerita-cerita perihal kehidupan & masa depan. . .


Sebelum Pulang & Selepas mandi di pantai sebagai tanda selamat tinggal Air Papan. . . Kami ke deret-deret kedai disana. . . Mencari sesuatu yang boleh dijadikan kenang-kenangan. . . Tetapi andaikata bila aku sudah tua-tua nanti, aku akan ceritakan perihal kita kawan-kawan kepada anak aku nanT. . . Kerana ia merupakan suatu yang bahagia untuk dikongsi & adaikata bila aku tua-tua nanT, aku mengalami masalah lupa-lupa biarlah coretan kentut ini menjadi dairy tempat dimana cerita-cerita bahagia kita bersama. . .Untuk anak-anak nanT juga aku akan khabarkan yang pakcik afend beliau dahulu merupakan seorang Ratu Cantik dari Combodia. .. .


Cantik & sopan bukan pakcik Afend kalian ketika ini. . .

2 comments:

Unknown said...

i minat ngn ratu cambodia tu...

iSmAiL sAllEh said...

I pun minat dia... Tp hubungan kita org tidak sampai kemana sekadar sahabat baik sahaja.....